Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bergegar Melodi TV3 Kena Saman RM10 Juta

“KUALA LUMPUR: Penerbit drama televisyen Jurey Latiff Mohd Rosli dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkemungkinan menyelesaikan kes saman fitnah berjumlah RM10 juta di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dimaklumkan perkara itu di dalam kamar oleh peguam Norafzaniza Samsi yang mewakili Jurey Latiff, dan Jason Wee bagi pihak TV3. 

Pada 13 Januari 2009, Jurey Latiff memfail saman itu terhadap TV3 berhubung dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan ‘Melodi’ pada 21 Sept 2008 dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit.

Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif lain.”

Rasanya bergegar jugak la Melodi bila di saman sebegini. RM10 juta tu, bukannya sikit. Kalau la kata si Jurey tu menang, memang kaya raya terus. Apa isu sebenarnya, fitnah pasal apa??
Pas ni Blogger pun kena tulis elok-elok, benda betul dan tak mahu fitnah-fitnah. Kang kena saman berjuta, mana nak cari duit nak bayar,,,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.