ber”INGAT”
|Aku nak kongsi ngan korang.
Pagi tadi on the way nak ke ofis, aku lalu kat bulatan yg biasa aku lalu. Sementara nak tunggu lampu traffic bertukar ke HIJAU, sambil la borak ngan wife aku.
Skali menyelit sebijik motosikal di tunggang oleh si Bapa, dan 2 orang anak lelaki. Yg si Abg (brgkali) peluk erat badan si Bapa, dan di tengah2 adalah si Adik (yg agak kecil sedikit). Dr pakaian, si Bapa nak ke tempat kerja. Si Anak plak, nak ke sekolah. So andaian aku, si Bapa menghantar anak2 nya ke sekolah sebelum dia ke tempat kerja.
So, apa masalahnya???
Mula aku tak prasan. Tp bila lampu IJAU, smua kenderaan dah bergerak, aku baru prasan. Nampak seakan motor tu macam ter”hoyong-hayang”. Berat agaknya. Tp selepas tu dah kembali stabil. Tp tetap belum abis lagi. Mata aku makin tertumpu kpd si Abg. Kakinya, kedua2 belah, terjuntai dan hampir2 mengenai “lidi” tayar motosikal si Bapa. Sungguh Bahaya. Aku tak dapat byg kan kalau tiba2 kaki si Abg termasuk ke dlm lidi motosikal, ketika di tengah jalan, samada jatuh, kaki si Abang luka, atau lebih malang di rempuh kenderaan lain pulak selepas jatuh.
Dan aku yakin, si Bapa tak perasan keadaan ini, kerana si Bapa fokus kepada jalanraya dan bukan kepada si Anak.
Namun, aku tak sempat nak buat apa2. Dr jauh aku jeling jer kerana arah kami dan berlainan. Si Bapa dan anak2 ke kanan. Aku pulak menyusur ke kiri… Harap tidak ada apa yg akan berlaku.
So, kalau korang nak hantar anak ke sekolah, carefull, malapetaka di mana2 saja. Beringat sebelum kena…
nuffnang_bid = “7daffbbf82619fe523c23a8655fd2ee8”;