Berita Terkini Anwar Ibrahim Bebas, So What Next???
|“Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan Kes Liwat Dato Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dilepaskan dan dibebaskan.
Mohamad Zabidin yang tidak membacakan penghakiman penih kecuali kesimpulannya berkata bahawa kedua-dua bukti iaitu DNA dan Oral Lisan tidak boleh sabitkan kesalahan.”
Semalam Anwar sudah bebas dari tuduhan Liwat ke atas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan ia merupakan tuduhan yang kedua selepas dulu di tuduh meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar pada tahun 1998.
Samada Anwar bersalah atau tidak, aku tak nak komen. Cuma aku rasa ini semua permainan politik yang akan sedikit sebanyak memberi impak kepada pilihanraya yang akan datang.
Aku sendiri melalui perkarangan Mahkamah Jalan Duta pagi 9 Jan 2012 dan nampak tak de la kecoh sangat. Cuma jarang-jarang melihat keadaan berhimpun aman sebegini.
Ramai mengeluh “jam”. Yang ramai berhimpun di Jalan Duta, tapi member di Cheras bising jalan kawasan dia Jam teruk. Aku yang duduk sejengkal dengan Jalan Duta, Alhamdulillah ok jer…
Apapun, aku kagum jugak pasal ramai yang sanggup mungkin ambil cuti, mungkin juga korban masa datang ke perkarangan Mahkamah semata-mata mahu menunggu keputusan Mahkamah. Yang aku hairan, sanggup tu ambik cuti. Sungguh besar jugak pengaruh orang-orang VIP ni.
Sib baik aku tak terlibat sama…
MrJocko.com