Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berlibur ke Bandung Part 1 Hari Pertama

Baru lepas ke Kuching, minggu ni kami ke Bandung pulak. Berlibur ke Bandung Part 1

Menjenguk kota Bandung yang femes dengan pusat beli-belah yang murah-murah. Kalau dulu aku bersama geng-geng satu opis, sekarang aku datang sekali lagi membawa wife dan anak-anak.

Hampir 2 tahun lepas masa aku datang ke Bandung, sekarang tiba lagi ke sini. Macam tak banyak yang berubah. Sesak seperti dulu. Cuma kali ni jadual aku ringan sikit. Pasal? Aku aturkan sendiri jadual dengan supir serta Van yang di tempah awal-awal dari Malaysia.

 

Berlibur ke Bandung
 

 

Dari LCCT gerak jam 9.00am dan sampai tengahari ni Bandung. Kami sampai di Airport Husein Sastranegara. Nama airport Bandung cukup gah bagi kalangan rakyat Indonesia. Selamat sampai setelah hampir 2 jam menaiki AirAsia QZ Indonesia. Kalau dulu kami naik AirAsia Malaysia, tapi sekarang, cuma AirAsia QZ saja yang beroperasi dari KL ke Bandung. 

Sudah selesai urusan Imigresen dan Kastam, kami terus di sapa oleh Pak Ajis. Wahhh, terer betul Pak Ajis. Camana dia boleh kenal aku??? Suprise sungguh. Rasanya aku tak penah kasi gambar aku kepada agen kat Bandung.

Apapun aku dah lega, tak payah nak tunggu lama, terus masuk ke Van Daihatsu ala-ala Alphard. Cantik dan selesa untuk rate sewa Kereta Rp275,000 sehari. Murahkan? Selalu diorang kasi Rp300,000 ke Rp400,000 untuk jenis kenderaan yg sama jenis.

 
 

cuti-ke-bandung-indonesia

 

melancong ke Bandung

 

melancong ke Bandung

Berlibur ke Bandung

Destinasi pertama, kami ke Aria Jeans. Toko tempah segala jenis pakaian dan paling femes, tempah Jeans. Kata Pak Ajis, ni kedai yang satu-satu di Bandung yang sediakan servis sebegini. Murah punya pasal, aku tempah sehelai seluar Jeans, wife aku satu set jaket dan seluar jeans. Anak-anak aku jugak tak lepas peluang sorang sehelai. Total semua Rp700,000. Ok la tu.

 

Dah abis tempah, kami terus singgah ke Bandung Supermal. Jalan-jalan kejap sambil mencari-cari JCo Donuts. Sambil window shopping dan layan Festival Teh Indonesia kat Supermal.

 

Dari Supermal, kami terus ke Jalan Riau, singgah di STAMP dan jugak HERITAGE. Dua nama Factory Outlet yang sangat femes dan best. Apa yang best? Kat sini korang peminat HardRock Tshirt, bleh dapat design-design yang cantik ooo… Macam2 jenis dan untuk dewasa dan kanak2 skali. 

 

Heritage Factory Outletmelancong ke Bandungmelancong ke Bandung

Selepas dinner jam 7.00mlm waktu Indonesia, kami check in hotel. Kami pilih hotel murah dan selesa di sekitar Bandung, Hotel Tiga Intan. Sampai jer hotel, Baju yang kami temopah tadi sudah ready di lobby Hotel… Magickan ??? hehehe,,,

Ni tengah cari nak makan J.Co Donuts Yang Original di Indonesia 

 

Sekian untuk hari pertama di Bandung

 
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.