Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bersama Uqasha Senrose Di Boracay Uptown Station 2

Uqasha Senrose Di Boracay Uptown

Boracay bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik, laut yang jernih, sukan air, hotel dan permandangan yang cantik, tetapi ia juga penuh dengan aktiviti bila malam menjelma. Di Station 2 Boracay ada Boracay Uptown yang dibuka seawal jam 5 petang sehingga larut malam. Ini antara Uptown yang terpanjang kerana Boracay Uptown ini berada di sepanjang 8 kilometer di tepi pantai Boracay Station 2.

 

 

Uqasha Senrose Di Boracay Uptown

 

Ada banyak yang di jual di sepanjang Boracay Uptown Night Market ini dari pakaian, aksesori, makanan laut, buahan dan banyak lagi. Jangan risau tentang harga, banyak barangan yang dijual murah berbanding biasa. Umpama harga pasar malam di Malaysia.

Kalau anda peminat makanan laut, banyak makanan laut di jual di sini termasuk Lobster, Ketam, Udang besar dan macam-macam lagi. Kalau anda ada tempat untuk memasak, boleh la beli makanan laut ini dan masak sendiri. Berbaloi-baloi…

 

 

Pulau Boracay Night Market
Pulau Boracay Night Market

 

Pulau Boracay Night Market

Yang menarik kat sini ialah jus buah Mangga. Memang manis. Satu cup di jual dengan harga hanya PHP100 sahaja (RM7) Mangga yang di jual di sini memang manis. Lebih manis dari mangga biasa di Kuala Lumpur. Lihat la si Uqasha Senrose pun tak sabar nak minum Jus Mangga di Boracay Uptown ni :).

 

 

 

Pulau Boracay Night Market
Uqasha Senrose Di Boracay Night Market

 

Pulau Boracay Night Market

 

Pulau Boracay Night Market
Bersama Uqasha Senrose Di Boracay Uptown

Di sepanjang jalan, kalau penat, anda boleh berhenti seketika untuk nikmati LIVE BAND yang di sediakan oleh pihak hotel. Kebanyakkan hotel di sini menyediakan LIVE BAND mereka sendiri untuk menarik minat pelanggan untuk menginap di hotel mereka. Jadi, di sepanjang pantai Boracay Station 2 ni, ada banyak LIVE BAND dan memang masing-masing memberikan persembahan terbaik mereka.

 

Jadi, andai anda masih mencari lokasi percutian Pulau yang menarik, masukkan Boracay dalam list anda. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KL ke Kalibo Boracay 4 kali dalam masa seminggu. Maklumat lanjut, boleh layari dan tempah tiket anda ke Pulau Terbaik ini di laman web AirAsia.com.

Terima kasih AirAsia dan Majalah Libur atas pengalaman ke Boracay, Filipina.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.