Bersama Wall’s Dan Legoland Di Rumah Titian Kasih
|
Minggu lepas MrJocko dapat email invitation dari pihak Edelman menjemput MrJocko sebagai salah seorang blogger jemputan ke Majlis di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa Kuala Lumpur. Majlis ini sempena meraikan anak-anak yatim dan kerjasama antara pihak AisKrim Wall’s (Unilever) dan Legoland Malaysia.
Majlis ini bermula jam 10.00 pagi dan MrJocko berbesar hati kerana di jemput. Oleh kerana ia berupa majlis untuk meraikan kanak-kanak, MrJocko turut sama membawa dua Puteri kesayangan, Khalish dan Qistina untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.
Sampai sahaja di Rumah Titian Kasih, MrJocko di sambut oleh Jess, wakil dari pihak Edelman dan dibawa untuk diberikan taklimat ringkas program pada hari ini. Penaja Utama Wall’s dan Legoland semestinya tulang belakang utama dalam menjayakan projek ini. Di khemah aktiviti, ada banyak mainan berkonsepkan Lego dan Satu Peti penuh dengan Aiskrim perisa terbaru keluaran dari Paddle Pop Wall’s. Dan semestinya ia adalah aiskrim PERCUMA untuk semua, terutamanya untuk kanak-kanak.
Kali ini, Khalish dan Qistina pun dijemput untuk bersama-sama dengan kumpulan anak-anak yatim yang ada untuk sama-sama bermain mainan dan pertandingan yang akan diadakan. Of course la mereka nampak happy kerana dapat sertai aktiviti-aktiviti menarik di sana.
Apa lagi yang best sewaktu di sana??? Selain Aiskrim Wall’s dan Legoland, apa lagi yang best??? Kita tunggu entry sambungan nanti 🙂