Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Best bila ke Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

 

Paling aku suka pasal Langkawi, aku rasa banyak tempat yang best untuk kami lawati. Tak kira la aktiviti shopping, sight seeing, masuk mana-mana animal house, island hopping, mandi laut atau makan seafood.

 

Kali ni aku sempat book satu boat untuk ke Fish Farm Kilim Geoforest Park di Langkawi. Kawasan hutan simpan atau geology park yang terkenal kat Langkawi ni boleh di kunjungi hanya dengan menaiki bot. Boleh naik terus dari Jetty Kuah, atau boleh naik dari jetty lain yang berdekatan, bergantung kepada boatman masing-masing. Kami naik dari Jetty Kuah, so, perjalanan jauh mengharungi hampir separuh pulau sambil boleh lihat pemandangan yang indah sekitar pantai dan pulau-pulau di Langkawi.

 


Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

Masa tengahri, kami singgah untuk minum di salah satu tempat yang juga dipanggil Fish Farm Kilim Geoforest Park ni iaitu ‘Hole in The Wall’. Tempat ni gabungan tempat peliharaan ikan-ikan seperti Siakap size besar, Kerapu, Pari dan juga ikan-ikan lain di sertakan dengan Restoran yang mana korang boleh terus membeli ikan-ikan segar di situ dan terus di masak untuk hidangan tengahari atau makan malam.

 

 

Fish Farm Kilim Geoforest Park

Fish Farm Kilim Geoforest Park

 

Kat area sini ada dua tiga tempat pusat penternakan dan pemeliharaan ikan-ikan ni, korang boleh pilih nak singgah kat mana. Kalau tak nak makan pun boleh singgah minum sahaja. Paling best, kalau korang datang berkumpulan, staff di situ dengan rela hati akan bawa korang untuk pusing satu kolam dan tunjukkan cara-cara bagaimana ikan siakap, kerapu, pari dan ikan-ikan lain makan. Aku dan Khalish tidak terkecuali berpeluang bagi ikan makan… Best ooo….

 

Kalau nak ke sini, sewa perkhidmatan satu boat ke Fish Farm Kilim Geoforest Park Langkawi cuma sekitar RM250 ke RM400 bagi saiz boat sederhana dengan muatan sehingga 8 orang. Berbaloi kan kalau pergi ramai-ramai??? Apa lagi, singgah la ke Kilim Geoforest Park sekaranggg!!! 

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.