Best Layan Proboscis Monkey di Labuk Bay
|Masa aku ke Sandakan, salah satu tempat tarikan pelancongan di sini selain makanan Seafood yang best dan murah adalah Proboscis Monkey yang unik. Kat sini ada satu tempat yang di khususkan untuk mengumpul dan mengekalkan habitat semula jadi Monyet Proboscis ini.
Aku sendiri tidak pernah lihat Monyet jenis ini. Wife dan anak-anak apatah lagi. Jadi, Ini masa yang sesuai untuk meneroka apa yang menarik di Sandakan. Banyak tempat menarik di Sandakan, ini antara lokasi yang wajib kita lawati.
Aku drive dari pekan Sandakan ke Labuk Bay ni, semata-mata nak tengok dengan mata sendiri, kewujudan spesis unik dan terancam ini. Moyet Proboscis atau Moyet Belanda ni hanya boleh di dapaati di beberapa tempat sahaja di Sabah dan sebab itu lah ia unik.
Selama sejam lebih aku drive dan berpandukan GPS, akhirnya kami sampai dan memang senang nak cari kawasan Labuk Bay yang terkenal ni. Kat sini bayaran masuk yang kenakan pun murah jer. Cuma kena pastikan korang sampai waktu sesuai iaitu waktu penjaga memberi makan kepada Monyet-monyet Belanda ini. Ini kerana pada waktu tersebut, korang boleh lihat beratus-ratus ekor Monyet Belanda ni datang untuk makan di sini.
Kalau tak silap aku, waktu makan mereka jam 11.00 pagi dan jam 2.00 petang. Sila semak kembali jadual dengan pihak yang berkenaan. 🙂
Masa kami sampai sekitar jam 11.30 pagi dan memang kebetulan masa makan mereka. Sempat melihat banyak monyet dan juga kera yang memang datang untuk makan di situ. Seperti berada dalam filem Planet of The Apes apabila kiri kanan dan depan belakang korang ada berpuluh malah hampir ratusan monyet dan kera di sekeliling anda. Jangan risau, kebanyakkan monyet dan kera di sini agak jinak. Jangan buat bising, main secara baik, nescaya korang akan dapat berbaik-baik dengan mereka.
Bagi yang minat nak beli cenderahati, gifts atau kenangan, banyak barang yang di jual di sini. Ada Tshirt, anak patung Monyet, Poskad, Pensel dan macam-macam lagi.
Kalau aku ke Sandakan, pastinya aku akan ke sini lagi.
MrJocko.com