Best Naik Beca Di Muar
|Kalau sebelum ni kita dengar pasal Beca Kota Bharu, Beca Kuala Terengganu, Beca Pulau Pinang dan Beca Melaka, kali ni MrJocko nak share pasal cerita naik Beca di Muar. Walaupun kurang famous, tapi best juga layan beca di Muar ni.
Masa jalan-jalan sekitar bandar Muar, kami terlihat Beca Muar ni. Jadi anak-anak MrJocko ajak la naik beca tersebut.
Yang paling suka naik beca ni, my kids Khalish dan Qistina. Beriya-iya nak naik Beca. Nasib baik kami bertiga sahaja, muat la untuk naik beca. Kesian tengok kat Pak Cik ni kayuh beca tu kalau ramai-ramai. Takut tak larat. Nampak umur Pak Cik beca tu umur dan lebih dari 60 tahun, orang asal Muar dan berbangsa Melayu.
Pusing tak lama, sekitar 2 km sahaja dan cuma kena bayar RM5, murah kan? Tapi kami bayar lebih sikit pasal nak tumpang ambik gambar. Say Cheese Pak Cik… Terima kasih yer…