Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Best Naik Melaka River Cruise

Kalau sampai Melaka, tak cukup syarat kalau tak singgah naik Melaka River Cruise. kalau nak tau, River Cruise juga merupakan salah satu daripada tempat-tempat yang menarik di Melaka.
Harga untuk dewasa cuma RM10 sahaja dan kanak-kanak cuma RM5. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 45 minit. Anda akan di bawa menyusuri Sungai Melaka dan berpeluang menikmati keindahan senibina lama Melaka yang di jada sebagai “heritage” dunia.
Perjalanan sejauh 9 kilometer ini bermula dari Menara Jam Melaka sehingga ke Pengkalan Kampung Rama Pantai. Sepanjang perjalanan, ada banyak perhentian dan boleh naik di mana-mana perhentian sekiranya bot masih kosong. Kira macam Teksi Air jugak la kot.

Jambatan Hang Tuah

Salah satu mercu tanda di Melaka

Kami naik selepas Maghrib. Cuma tunggu di jeti sebelah hotel kami, Best Western Riverside. Dekat jer pun. Lagipun kebetulan masa tu Chinese New Year. Nasib baik kami naik Bot yang di bawah arrangement pihak Hotel. Tak perlu beratur panjang seperti di perhentian Melaka River Cruise di kawasan jeti Menara Jam Melaka.
Memang best naik Melaka River Cruise ni. Walaupun tak sebesar City Cat di Brisbane, aku rasa berbaloi dengan pengalaman menyusur Sungai Melaka ni. Rasa macam boleh imaging keadaan melaka zaman dulu-dulu.
Apa lagi, masa cuti nanti, jom sekali lagi ke Melaka. Boleh naik Melaka River Cruise lagi. Memang best. Paling gembira, budak-budak la. 
“Apa lagi, masa cuti nanti, jom sekali lagi ke Melaka.

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.