Site icon Travel Blogger Malaysia

Best Western i-City Shah Alam Hotel Santai Hujung Minggu

Hotel pilihan MrJocko ketika travel, antara yang selalu kami pilih ialah rangkaian hotel Best Western. Ini kerana, ia menawarkan harga yang agak murah, berpatutan dengan pilihan kemudahan hotel yang terbaik, walaupun pada harga 3 Bintang. Ini pengalaman pertama kami sekeluarga ke Best Western i-City Shah Alam Hotel Santai Hujung Minggu.

Hotel di Shah Alam ini, antara lokasi paling strategik untuk santai sekeluarga. Ini kerana lokasi hotel yang hanya beberapa meter dengan tarikan pelancong di i-City Shah Alam, termasuk ke Snowalk, City of Digital Lights, Outdoor Park Rides, Red Carpet / House of Horror, WaterWorld dan juga Trick Art Museum.

Best Western i-City Shah

 


Best Western i-City Shah Alam Hotel

Best Western i-City Shah Alam Hotel

Hotel Best Western i-City Shah Alam menyediakan sekitar 214 bilik penginapan moden dan selesa dengan ketinggian bangunan 18 tingkat. Ia dilengkapi dengan kemudahan kafe, fitness centre, bilik mesyuarat dan dewan sederhana besar dan kemudahan WiFi percuma ke semua bilik hotel.

Khas untuk tetamu hotel, parkir di sini adalah PERCUMA. Masuk ke kawasan ‘retail shop dan parkir kereta anda di kawasan parkir berbumbung dengan selesa. Sekitar kawasan ini, ada banyak kedai serbaneka, restoran, kedai menjual barangan cenderahati dan tarikan lampu warna warni setiap hari.

Tak jauh dari lokasi hotel ada kemudahan lebih 350 kedai dengan 3 tingkat bangunan psat membeli belah Central i-City. Di dalam bangunan ini ada Sogo Department Store, TGV Cinemas dan Village Grocer. Untuk kemudahan tetamu hotel, pihak hotel menyediakan 5 kali Shuttle Bus PERCUMA dari lobi hotel ke Central i-City Shah Alam.

Welcoming Pleasure yang menarik untuk Kanak-kanak

Pertama kali MrJocko dan keluarga ke i-City Shah Alam pada tahun 2013. Sebelum tu, pernah dengar nama taman tema ini dengan promosi tiket murah ke Water World i-City Shah Alam.

Servis untuk pendaftaran sangat efisen. Thumbs up untuk staff di Lobi Hotel. Ruang menunggu pun menarik dengan kemudahan welcomin drink untuk semua tetamu hotel. Lebih unik, di sini ada welcoming tid-bits untuk kanak-kanak. Terbaik. Jarang hotel menawarkan servis seperti ini.

MrJocko pertama kali menginap di Best Western i-City Shah Alam. Kali ini kami tempah 2 unit hotel untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Paling best, di hotel ini ada banyak bilik mempunyai kemudahan ‘connecting rooms’. Mudah bagi kami sekeluarga ambil bilik sebelah menyebelah.

Tripadvisor pun bagi Rating 4 Star kepada Best Western i-City Shah Alam

Review Best Western i-City Shah Alam Hotel

TripAdvisor Review Best Western i-City

Untuk memudahkan perancangan korang, ini waktu operasi di sekitar i-City Shah Alam :
City of Digital Lights: 7.00pm – 4.00am setiap hari
Outdoor Park Rides: 6.00pm – 12.00am setiap hari
Snowalk: 10.00am – 12.00am setiap hari
FunWorld (Red Carpet / House of Horror): 10.00am – 12.00am setiap hari
WaterWorld: 11.00am – 7.00pm setiap hari
Trick Art Museum: 11.00am – 11.00pm setiap hari

Cukup dulu untuk teaser pengenalan pengalaman kami di Best Western i-City Shah Alam. Nanti MrJocko akan kongsi tentang review bilik, menu makanan di hotel ini dan aktivit menarik sekitar hotel

Nak tempat penginapan di Best Western i-City Shah Alam, boleh layari laman web Rasmi mereka di sini http://www.bestwestern-icity.my. Untuk review hotel Best Western i-City Shah Alam, InsyaAllah akan saya share pasal menu makanan terbaik di sini, servis bilik dan juga layan movie dalam bilik, hanya di Best Western.

Exit mobile version