Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Beting Pasir Dragon Back Ko Na Ban Satun Thailand

Tidak tersangka, ketika melancong ke Satun, Thailand baru-baru ini, kami berjaya singgah ke satu lokasi baru, lokasi tarikan pelancong di Satun. Ia dikenali dengan nama Beting Pasir Dragon Back Ko Na Ban Satun Thailand. Masyarakat sekitar mengenali kawasan ini dengan nama Dragon Back Ko Ba Ban (Pulau Na Ban).

Lokasinya tidak jauh dari Jeti Pak Bara, Satun, Thailand. Anda boleh dapatkan perkhidmatan bot atau sampan untuk ke sini dari jeti ini dengan harga yang berpatutan. Atau, untuk pilihan lain, boleh naik dari lokasi resort PakNam Resort Satun. yang terletak sangat dekat dengan Pulau Na Ban (Ko Na Ban Satun).

Baca : Terminal Jeti Pak Bara Satun Thailand

Beting Pasir Dragon Back Ko Na Ban Satun Thailand

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_02

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_03

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_07 copy copy
 

Kenapa ia dinamakan Beting Pasir Dragon Back (Belakang Naga)?

Sebabnya kalau anda perhatikan gambar beting pasir ini dari atas, ia akan menampakkan ia seakan-akan seekor naga yang berada diantara laut di Pulau Ko Na Ban ini.

Beting pasir ini merintangi Pulau Ko Na Ban hingga ke tanah besar diberi nama Bo Chet Luk, satu kawasan bukit-bukau berhadapan dengan Jeti Pak Bara.
 

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_04

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_06

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_07

Beting_Pasir_Dragon_Back_Ko_Na_Ban_Satun_10
 

Kawasan beting pasir ini akan timbul diwaktu air surut. Kebiasaannya pada waktu petang membawa ke esok pagi. Masa ini, tidak ada bot yang boleh melalui kawasan ini keran terhalang dengan pasir.

Waktu sesuai untuk ke sini ialah pada waktu tengahari ketika air mula pasang. Ketika ini, air laut akan mula melimpahi kawasan pasir ini dan ia akan menenggelami pasir dan membolehkan bot-bot nelayan melalui kawasan ini dengan mudah.

Ia satu pengalaman baru untuk saya. Ini pertama kali dapat singgah dan turun di Beting Pasir seperti ini. Cantik dan ia mungkin akan menjadi salah satu lagi tarikan pelancongan di Satun, Thailand.

Lokasi wajib singgah kalau ke Satun. Kerana ia tidaklah jauh dari kawasan jeti dan juga ia menjadi laluan singahan untuk sesiapa sahaja kalau nak ke Koh Lipe atau melawah Prasat Hin Pun Yod.

Kalau nak cari lokasi menginap murah dan dekat dengan Beting Pasir Dragon Back Ka Na Ban Satun ini boleh menginap di Pak Nam Resort Satun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.