Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Betul Ke Agent Takaful Menipu?

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, sudah pasti banyak benda yang kita lalui dan tempuhi setiap hari. Adakala beberapa perkara berlaku tanpa kita sedari. Adakah kita bersedia untuk perkara-perkara yang tidak terduga? Bencana, kesusahan, kesempitan dan beberapa perkara musibah lain.
Secara mudah, sebagai pekerja dan mempunyai keluarga, perkara asas yang perlu kita ada untuk perlindungan masa hadapan adalah Takaful, Investment dan juga wasiat. Senang cerita, pengurusan harta yang bagus, memberikan kita kemudahan untuk merancang masa depan.
MrJocko nak sentuh pasal Agent Takaful, yang mana ada kawan-kawan yang mendakwa ramai Agent Takaful menipu ketika berurusan dengan klien. Kenapa mereka kata menipu, kerana apabila mereka membeli ‘Perlindungan’ dari pihak Takaful, apabila berlaku musibah atau kecelakaan, mereka tidak mendapat pampasan. Ermmm betul ke???
Secara umum, ada juga kes seperti ini. MrJocko ambik satu kes sahaja sebagai contoh, yang mana Pencarum Takaful dinafikan hak apabila membuat tuntutan akibat sakit Jantung. Dia membuat bayaran secara berterusan dan tak pernah miss sekali pun. Pelanggan merasa tertipu bila ada sakit, nak claim pun susah. tak dapat pampasan. 
Bila di siasat rupanya pelanggan tidak declare dalam borang pendaftaran yang sebelum ini pelanggan mempunyai rekod sakit jantung lebih awal. Maka secara biasa, Syarikat Takaful tidak akan menanggung risiko untuk pesakit yang sememangnya mempunyai rekod sakit yang sama, apatah lagi sakit Jantung, Kanser dan penyakit-penyakit kritikal lain. 
Dalam erti kata, ada sesetengah kes, Agent Takaful tidak memberitahu pelanggan maklumat yang jelas. Tetapi ada sesetengah kes, Pelanggan yang tidak mahu memberikan maklumat yang betul. Oleh itu, bila korang nak beli TAKAFUL, make sure dapatkan maklumat secara jelas dan rujuk balik dengan syarikat pengendali Takaful sebelum membeli pakej pakej perlindungan yang disediakan.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.