Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Betul Ke Staff Kerja Kerajaan Suka Mengular Kerja Malas?

Ramai yang tanya ni, Betul Ke Staff Kerja Kerajaan Suka Mengular Malas Kerja? Erm, berat sangat tuduhan ni. Tapi, kalau takda angin pokok takkan bergoyang. Ada asas ke tuduhan yang seperti ni? Rasanya kena pastikan ia sahih baru la boleh buat tuduhan kan?

Betul Ke Staff Kerja Kerajaan Suka Mengular Kerja Malas?

STAFF KERJA KERAJAAN SUKA MENGULAR KERJA MALAS
 

Pengalaman sendiri, sejak dua menjak kebelakangan ini, MrJocko banyak kali bersarapan dan makan tengahari di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan pejabat-pejabat Kerajaan.

Bukan satu gerai, tapi banyak gerai MrJocko singgah untuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan juga waktu minum petang. Kerap kali juga terserempak bukan seorang, tetapi lebih dari 10 orang staf-staf yang memakai Pas Kerja Kakitangan Awam.

Baca : Hebat Orang Kerja Kerajaan

Nak kenak mereka ni senang sahaja, kebanyakkan mereka memakai baju kerja yang mempunyai logo Jata seperti dibawah. Kan? Ini logo orang kerja kerajaan kan?
 

STAFF KERJA KERAJAAN SUKA MENGULAR KERJA MALAS
 

Jadi, timbul persoalan, betul ke orang keja kerajaan atau gomen ni jenis yang suka mengular waktu kerja?

Rata-rata MrJocko lihat staf kakitangan awam dari pejabat yang berdekatan. Mereka datang sekitar jam 8.30 pagi, bersarapan. Kemudian nampaknya kumpulan lain pula, silih berganti sehinggalah ke waktu makan tengahari.

Gambar di atas gambar yang MrJocko syakki staff kakitangan awam di syarikat berdekatan. Mereka bertiga ini sedang asyik bersarapan pagi. Waktu tu jam 9.30 pagi. Dari pakaian seperti sedang bekerja, tetapi mereka sedang makan di gerai. Camana tu?

Apapun MrJocko percaya, ini sebahagian saja. Ada lagi, tak sempat nak ambik gambar. Kata kawan MrJocko, dia berpandangan baik sangka. Kemungkinan mereka cuti half day pagi atas urusan keluarga, sebab tu rileks jer makan di gerai. Tapi ada ke ambik half day ramai-ramai???

Atau mungkin waktu kerja mereka bemula jam 10.00 pagi?

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.