Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beza Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro Secara Ringkas

Sebagai blogger dan pengguna biasa smartphone, MrJocko nak kongsi secara ringkas, Beza Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro. Ini bukan blogpost untuk ceritakan secara detail, tetapi ia lebih kepada perbezaan biasa antara dua smartphone yang dikatakan antara terbaik setakat hari ini.

Peminat Samsung, pasti akan setuju jika dikatakan Galaxy Note9 adalah smartphone terbaik setakat ini. Namun, pesaingnya Huawei P20 Pro juga tak kurang hebat.

 


Beza Galaxy Note9 vs Huawei Mate P20 Pro

Beza Galaxy Note9 vs Huawei Mate P20 Pro 01
 

Untuk pilihan harga, kedua-dua model ini tidak jauh beza. Harga runcit untuk model Galaxy Note9 dijual dengan harga sekitar RM3699 bagi pilihan storan 128GB. Manakala model Huawei P20 Pro dijual dengan harga runcit sekitar RM3299.

Dari segi saiz skrin peranti ini, ternyata saiz skrin Galaxy Note9 jauh lebih lebar dari P20 Pro. Saiz Note9 sebesar 6.4 inci manakala P20 Pro cuma 6.1 inci. Kualiti skrin Galaxy Note9 ialah Super AMOLED berbanding dengan P20 Pro cuma AMOLED.

Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro

Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro

Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro

Galaxy Note9 vs Huawei P20 Pro

Beza Galaxy Note9 vs Huawei Mate P20 Pro

Baca : MrJocko dan Gadget Review

Melihat kepada RAM dan juga storan dalaman, kedua-dua smartphone ini mempunyai kapasiti yang hampir sama iaitu 6GB RAM dan 128GB internal memory. Manakala kuasa bateri smartphone ini dikuasakan dengan 4000mAh. Untuk penggunaan biasa, ia cukup untuk digunakan dalam masa antara 12 jam.

Namun, kualiti rakaman gambar lebih kepada Huawei P20 Pro. Dengan kuasa 40MP kamera depan + 20MP kamera depan + 8MP Telefoto kamera, ia mengalahkan kualiti kamera Galaxy Note9 yang cuma punyai 12MP + 12MP kamera depan sahaja. Begitu juga dengan kamera Selfie (Swafoto), Huawei P20 Pro mengatasi kualiti Galaxy Note9.

Namun, kalau nak cakap tentang rakaman Video, secara peribadi MrJocko akan kata kualiti 4K dari Galaxy Note9 lebih terbaik dari kualiti video Huawei P20 Pro. Tambahan pula, auto stabilizer dari Galaxy Note9 memang menyakinkan.

Untuk harga Samsung Galaxy Note9 di Malaysia, boleh semak di sini.

Untuk harga Huawei P20 Pro di Malaysia, boleh semak di sini.

Secara keseluruhan, Galaxy Note9 mengatasi Huawei P20 Pro dalam beberapa sudut. Untuk penggunaan biasa, sebagai normal user, kelebihan P20 Pro hanya kepada harga yang lebih murah, kualiti gambar yang cantik dan saiz yang lebih ideal, senang di bawa.

Namun, untuk penggunaan secara keseluruhan, Galaxy Note9 memberikan kepuasan kepada penggunanya termasuk kelebihan Processor Octa Core 4×2.7 GHz Mongoose M3 yang lebih laju, kelebihan slot memori tambahan, kualiti stabilizer video Galaxy Note9 yang lebih ‘smooth’ dan semestinya yang paling penting fungsi S Pen yang menakjubkan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.