Beza Harga Tiket Promosi AirAsia Berbanding Vietjet
|Sentiasa kita dengar promosi tiket penerbangan dengan menggunakan tawaran bayaran ‘RM0’, namun adakah ia benar-benar menawarkan harga RM0 kepada pelanggan mereka? MrJocko hari ni mengambil masa untuk membuat perbandingan mudah tentang beza harga tiket promosi AirAsia berbanding Vietjet.
Memandangkan ada promosi tiket murah Vietjet yang berlangsung dari hari ini 12 April sehingga 18 April 2016. Tempoh promosi adalah belian tiket dari 1 Jun hingga 30 Oktober 2016. One Way Fare Vietjet ditawarkan pada harga RM0, mengikut terma dan syarat.
Jika nak cuba dapatkan tiket murah AirAsia, boleh baca entry ini Senang Dapat Tiket Murah AirAsia?
So, MrJocko cuba untuk dapatkan tiket murah ke Vietnam. Antara laluan yang ada ialah dari Kuala Lumpur menuju ke Ho Chi Minh. Percubaan awal, ialah menempah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh pada tarikh 1 Jun dan pulang pada 4 Jun 2016. Hasilnya, dengan harga tiket murah Vietjet, MrJocko kena Bayar RM1,865.79 (termasuk bagasi 7kg) untuk 3 Dewasa dan 3 Kanak-kanak. Manakala untuk harga tiket murah AirAsia, kena bayar RM1,301.40, tidak termasuk bagasi tambahan 20kg. Tetapi masih boleh hand carry ke kabin sebanyak 7kg.
Percubaan kedua, ialah menempah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh pada tarikh 9 September dan pulang pada 12 September 2016, pada masa cuti semester pertengahan tahun. Hasilnya, dengan harga tiket murah Vietjet, MrJocko kena Bayar RM1,810.79 (termasuk bagasi 7kg) untuk 3 Dewasa dan 3 Kanak-kanak. Manakala untuk harga tiket murah AirAsia, kena bayar RM1,151.40, tidak termasuk bagasi tambahan 20kg. Tetapi masih boleh hand carry ke kabin sebanyak 7kg.
Dalam perbandingan harga tiket promosi ini, paling ketara adalah charge tambahan bagi Vietjet dan Airport Tax bagi AirAsia. Charge tambahan Vietjer agak mahal berbanding charge di AirAsia, dan tidak dipastikan charge tersebut untuk apa.
Sebagai contoh, walaupun anda berjaya mendapatkan tiket promosi RM0 Vietjet bagi satu laluan, tetapi anda perlu bayar kos Charge tambahan sekitar RM130 – RM150 untuk satu laluan, menjadikan tiket satu hala anda sekitar RM300 untuk setiap seorang.
Berbanding AirAsia, anda perlu membayar sekitar RM230 untuk setiap seorang bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh dalam pengiraan harga tiket secara purata semasa tempoh tersebut.
Jadi, apa pandangan anda dan juga pilihan anda dalam memilih harga promosi tiket penerbangan yang ditawarkan. Mungkin ada kelebihan yang ada di Vietjet tiada di AirAsia. MrJocko sendiri tidak pernah mencuba menaiki penerbangan tambang murah Vietnam ini. Rasa macam nak cuba terbang bersama Vietjet Air, tetapi belum ada kesempatan.
Ada sesiapa yang pernah cuba menaiki penerbangan Vietjet Air???