Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beza Juruhebah Radio Dan Penyampai Radio

Beza Juruhebah dengan Peyampai Radio
Beza Juruhebah dengan Peyampai Radio

 

 

Sesiapa yang selalu dengar Radio zaman 80-an dulu mesti ingat Radio Muzik, Radio Malaysia, KLFM (kalau tak silap), antara radio yang di minati pendengar pada masa tersebut. Masa tu, 80-an dan awal 90-an, mana ada Hot FM, Era FM, Suria FM dan macam-macam FM lagi.

 

Perasan tak cara penyampaian, tuturkata dan lenggok Juruhebah Radio pada masa itu, jauh sekali berbeza dengan sekarang. Antara yang MrJocko ingat sampai sekarang, antaranya Noraini Ibnu, Isma Halil Hamzah (Otai Juruhebah Rock), Chuari Selamat, Manan Selamat, Noramin dan ramai lagi.

 

MrJocko rasa, ada banyak beza Juruhebah Radio dulu dulu, tahun 80-an dengan Penyampai Radio zaman millenium ni, seperti :

 

1. Bahasa yang digunakan. Kalau dulu, susun katanya bahasa Malaysia yang boleh kita katakan Bahasa Melayu Standard. Sekarang, bahasa campur aduk dah.

 

2. Zaman Radio 80-an dulu interaksi dua hala antara Juruhebah atau Deejay banyak melalui Poskad dan Surat. Jarang-jarang melalui panggilan telefon. maklum la, tak ramai yang pakai Telefon masa tu. Kalau ada pun, talian Telefon Rumah jer… Sekarang, interaksi Penyampai Radio melalui email, Facebook, Twitter dan juga panggilan telefon. Canggih kan???

 

3. Juruhebah atau Deejay tahun 80-an banyak memberikan info, selit berita dan maklumat-maklumat ringan. Sekarang Penyampai Radio lebih banyak celoteh, banyak cerita-cerita, dan banyak buat lawak.

 

4. Radio 80-an, ada ke Pelawak jadi Juruhebah Radio, rasanya tak ada. Zaman radio sekarang, semua stesen Radio boleh dikatakan punyak Pelawak masing-masing. Hot FM ada, Era FM ada, Sinar FM pun ada, Suria FM ada, boleh kata kebanyakkan stesen radio la.

 

5. Gaji Juruhebah Radio dulu rasanya tak semahal gaji Penyampai Radio sekarang. Sekarang punya Penyampai radio, siap boleh bagi offer, tawaran gaji dan insentif lagi bagus dari stesen terpilih. Macam Player Bolasepak EPL plak 🙂

 

 

 

Beza Juruhebah dengan Peyampai Radio

 

Beza Juruhebah dengan Peyampai Radio

 

Beza Juruhebah dengan Peyampai Radio

 

Kredit : Gambar Hiasan Sahaja

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.