Beza Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri
|Masuk Bulan Ogos 2012, sudah 3 bulan MrJocko berhijrah dari kerja makan gaji, kerja dengan orang, kini kerja sendiri, buat business secara professional. Bukan mudah nak sesuaikan diri dengan environment baru ni.Setelah hampir 12 tahun, kerja dengan syarikat badan berkanun tersebut, MrJocko rasa sudah tiba masa MrJocko kerja sendiri. Salah satu sebab, selepas 12 tahun, sekali sahaja naik Gred, dan masih di position yang sama. Sangat menyedihkan.
Bila MrJocko berhijrah ke kerja business sendiri ni, memang nampak perbezaan ketara. Antaranya :
1. Kalau dulu, kena punch card masuk 8.30 pagi dan balik 5.30 petang. Kerja lebih tak ada Overtime, itu semua kerja Wellfare untuk syarikat. Sekarang, boleh kerja anytime yang MrJocko suka, janji hari tersebut ada klien dan boleh buat presentation. Kerja Overtime, semestinya ada ganjaran.
2. Dulu MrJocko pakaian sentiasa Kemeja, Seluar Slacks dan bertali leher. Sentiasa smart, walaupun realitinya bulan-bulan umpama makan Mee Maggi. Sekarang, boleh pakai apa sahaja outfit yang bersesuai dengan klien, simple dan kemas. Kadang-kadang kalau jumpa klien lama, pakai sandal je. Makan minum boleh la lebih sikit dari dulu, kerana, kadang-kadang nak entertain klien, kena bawak makan kat Cafe.
3. Kalau dulu, disuruh bagi idea, bila kita bai idea, semua dicantas, tak pernah nak kasi chance idea tersebut bercambah. Frust. Last-last di chop tak memberi idea, WTH. Sekarang, idea sendiri untuk business sendiri, puas hati. Tak menjadi pun tak apa, pasal itu satu proses pembelajarana. At least MrJocko pernah cuba.
4. Dulu, sakit demam tak payah risau, semua Free. Gaji jalan pulak tu. Sekarang, sakit demam kena bayar sendiri. Gaji tak ada kalau tak kerja. So, kalau kerja sendiri, masa sihat, kena kerja bersungguh-sungguh. Jangan lupa beli polisi Takaful untuk masa kecemasan kalau sakit 🙂
5. Dulu kalau kerja, setahun baru dapat bonus. Kalau dapat. Itupun based on penilaian dari bos, secara subjektif. Sekarang, kalau MrJocko buat sales banyak, kerja kuat, tak payah tunggu setahun, hujung bulan terus MrJocko dapat Rewards. So, kalau dulu kenaikan gaji setahun sekali, sekarang kenaikkan gaji MrJocko sebulan sekali, walau tidak banyak, ia satu insentif dan semangat untuk MrJocko kerja lagi kuat.
Untuk rakan-rakan yang bertanya, apakah bezanya makan gaji dengan kerja sendiri, ini lah yang boleh MrJocko kongsikan buat masa ini. Kalau dulu memang takut nak berhenti kerana risau takut susah nak cari duit. Tapi bila kita usaha, kerja kuat, dan kemudian tawakkal, InsyaAllah, rezeki dari Allah itu tetap ada.
Doakan MrJocko istiqamah dalam business ini, Amin,,,
Amin! Saya pun dah 14 tahun keje sendirik. Senang nak anta, amek anak ke sekolah pun senang. Cume tulah, taim ujung bulan mulelah datang penyakit sakit kepala nak keja creditors nak bayo gaji staff hahaha… Selamat Hari Raya!
My latest Entry 🙂
JJCM: Day 26th Ramadhan 1433
Lama tu 14 tahun…
Amin..
whoaaa… confirm lepas nie boleh buat jemputan OPEN HOUSE RAYA kan bro….
T bestnya keje sendiri… Tapi belum berkeyakinan utk buat bisnes sendiri lagi disebabkan kekangan ongkos…
Raya Pertama, setiap tahun kawe buat, sekali join venture dgn rumah PM,,, hihihi