Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beza Ketam Nipah Dan Ketam Batu

Ramai yang suka makan ketam. Tetapi pernah tak anda termakan Ketam Batu??? Apa Beza Ketam Nipah Dan Ketam Batu? Anda tahu tak bahawa Ketam Batu berbeza dengan Ketam Nipah dan Ketam Batu di katakan tidak boleh dimakan oleh seorang Muslim.

 

Ketam Batu dikategorikan sebagai haiwan dua alam dan merujuk kepada nas dan dalil hadia yang sahih, binatang yang hidup di dua alam adalah Haram di makan.

 

Jom lihat apa beza antara ketam Nipah dan ketam Batu untuk makluman kita bersama.

 

Antara yang paling ketara beza antara Ketam Nipah dengan Ketam Batu ialah kaki belakang. Jika anda perhatikan betul-betul, kaki belakang Ketam Nipah yang terakhir menyerupai kaki ketam bunga, berbentuk nipis dan bulat, tidak sama dengan kaki belakang ketam batu yang berbentuk tirus dan agak tajam.

 

Dari segi bentuk badan, ketam nipah berbentuk lebih bulat berbanding bentuk ketam batu yang agak melebar. Jika diperhatikan betul-betul, kaki ketam nipah ada 8 tetapi ketam batu hanya mempunyai 6 kaki.

 

Jadi, jelas la kita bahawa ada beberapa perbezaan yang ketara yang boleh kita lihat untuk membezakan ketam nipah berbanding ketam batu.

 
 
Beza Ketam Nipah dengan Ketam Batu
Beza ketam nipah dan ketam batu

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.