Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Beza Pengiraan PTPTN Ujrah dan Lama

Korang masih lagi nak cerita pasal Pinjaman Tabung PTPTN dan bagaimana cara bayaran selepas menghabiskan duit pinjaman itu. Isu Kes Hutang PTPTN ni aku rasa mungkin akan berlarutan lama, pasal sudah ditambah dengan perencah Politik, tak kira la politik sebelah mana, haluan kanan atau haluan kiri.

Bagi yang masih tak faham apa beza calculation PTPTN 1% Ujrah dan 3% dulu, aku nak share di sini camana secara ringkas kita boleh membuat perkiraan bayaran PTPTN ini :

(a) 1% dikira menggunakan kiraan flat rate sementara 3% menggunakan pengiraan reducing balance.

 (b) Pengiraan flat rate biasa diguna oleh bank pada pembiayaan peribadi dan kereta sementara reducing balance digunakan dalam pembiayaan perumahan.

(c) Published flat rate biasanya bersamaan 2X reducing rate, jadi effective rate bagi 1% flat rate biasanya hampir menyamai 2% kiraan reducing balance.
(d) Kalau anda bayar ikut jadual pada tempoh yang sama, mana lagi murah? 1% flat rate ker 3% reducing rate? Jawapannya tentulah 1% flat rate. Jadi pada kawan-kawan yang bayar tak tentu cara, bayar mengikut ‘mood’ tu, pandai-pandai la korang kira sendiri.

Sumber : Facebook Adi Hanif Wafa

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.