Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Biarlah Kerja Gaji Kecil Asalkan Tidak Meminta-minta

MrJocko tersentuh melihat PakCik ini, beliau seringkali dilihat menjaja kerepek di kaki lima bangunan di sekitar Seksyen 15 Shah Alam. Dekat dengan pejabat MrJocko. Port favourite beliau ialah ATM Public Bank, hujung corner bangunan hadapan sekali. Pandai PakCik ni memilih tempat. Kalau orang cina selalu cakap, kalau meniaga, pilihan utama ialah lokasi, kedua lokasi dan ketiga lokasi.
Dengan selembar tikar dan plastik karepek pelbagai jenis, beliau duduk dan mempelawa sesiapa sahaja yang lalu lalang untuk membeli kerepek yang dia jual. 3 paket cuma RM10, masih belum naik harga. Sebelum ni pernah lihat dia menjaja ke sana-sini sekitar ter sebut, tetapi sekarang dia banyak duduk di depan mesin ATM itu sahaja. Mungkin tak larat dah nak bimbit kerepek ke sana-sini.

Sekali tengok memang rasa simpati. Namun dalam hati, MrJocko respek PakCik ini, kerana diwaktu umur yang mungkin mencecah 60 tahun, beliau masih lagi guna kudrat beliau untuk berkerja. Walaupun kita lihat mungkin untung mereka tidak seberapa, tetapi dengan meniaga seperti ini, jauh lebih mulia dari meminta-minta.
Setiap pembeli yang datang singgah membeli paket kerepek beliau tak kira satu atau banyak, beliau doakan semoga pembelinya dimurahkan rezeki. Aduss,, tersentuh dengar doa PakCik ini. Cerita di sebalik hidup dia, tidak la kita nak korek tetapi cara dia mendoakan setiap pembeli yang singgah amat menyentuh perasaan.
Semoga PakCik terus diberikan kekuatan untuk mencari rezeki halal seperti ini. Nampak mudah, tetapi percaya lah, ia amat mengusik jiwa. MrJocko sendiri pernah berniaga menjaja di kaki lima selama beberapa tahun dan memang punyai pengalaman dipandang sinis dan dipandang rendah. Maklum la, meniaga kaki lima. Tetapi, harap ramai yang sedar, meniaga seperti ini, jauh lebih baik dari meminta-minta dan kerja yang shubahah… 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.