Pengalaman Menonton Bibap Musical Show Korea Yang AWESOME
|Anda pernah dengar Bibap Musical Show Korea di Seoul? Kalau belum, anda patut dapatkan sedikit info tentang Bibap Musical Show ini dan jika berpeluang boleh saksikan persembahannya nanti di Seoul. Sangat disyorkan, ini Pengalaman menonton Bibap Musical Show Korea Yang AWESOME.
Rezeki MrJocko kali ini sangat bernasib baik bila diberi peluang menonton persembahan Bibap Musical Show Korea dari tempat duduk VIP yang bernilai ₩ 60000 (RM180). MrJocko diberikan tempat duduk di row utama di hadapan dan ia memang tempat duduk terbaik.
Baca : Muzium Trick Eye Di Seoul Korea Selatan
Pengalaman Menonton Bibap Musical Show Korea Yang AWESOME
Bibap Musical Show adalah sebuah persembahan bukan lisan secara langsung (lawak komedi) berdasarkan hidangan yang disediakan oleh Chef. Ia mengambil nama sempena menu Bibimbap (nasi dicampur dengan sayur-sayuran dan daging) yang terkenal di Korea.
Antara aksi Bibap Show…
Sebagai persembahan bukan lisan, pelakon meniru bunyi membuat hidangan-hidangan dengan menggunakan muzik dan ajukan suara melalui b-boying dan akrobatik serta seni mempertahankan diri.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, Bibap Musical Show Korea telah diadakan dan mendapat sambutan di Persidangan Makanan Dan Tempat Global 2010 Edinburgh Festival Fringe. Hari ini, ia diumumkan sebagai perintis budaya baru, hiburan umum, yang mengabungkan elemen makanan dan hiburan.
Sinopsis Persembahan Bibap Musical Show Korea
Lokasi persembahan bibimbap berlaku di dapur, di mana dua orang chef utama, bersama beberapa pembantu chef berusaha membuat pelbagai hidangan yang dipesan oleh pelanggan. Mereka gembira menyediakan hidangan Cina, Jepun dan Itali. Akhir sekali, apabila dapur menerima suatu perintah ‘bibimbap yang terbaik,’ kedua-dua chef utama mula bersaing dalam memasak bibimbap terbaik.
Hidangan mereka dihakimi oleh ahli penonton dipilih secara rawak, yang kemudiannya menentukan chef tetap di dapur Bibap Musical Show Korea untuk menjalankan legasi membuat bibimbap yang terbaik.
Masa Pertunjukkan
Isnin: 20:00
Selasa-Sabtu: 17:00 dan 20:00
Ahad & Cuti: 15:00 dan 18:00
Harga Pass Masuk
Kerusi VIP: ₩ 60000
Kerusi R (bahagian tengah depan): ₩ 50000
Kerusi S (bahagian yang lain): ₩ 40000
Sudah pasti Bibap Show sesuatu yang pasti anda kena tengok kalau ke Seoul. Lawak selamba, spontan berserta muzik dan tarian memang akan membuatkan anda terhibur dan ketawa dari awal sehingga tamat persembahan. Bibap Show terbaikkk…
Bersama pelakon-pelakon Bibap Show Korea yang ohsem,,, 🙂