Site icon Travel Blogger Malaysia

Big Ice Cream A Famosa Tarikan Terbaru Water Theme Park

Big-Ice-Cream-Water-Slide-Melaka-01

Big Ice Cream Water Slide Melaka 01

Jika anda seorang yang sukakan cabaran dan aktiviti air yang lasak, sudah pasti anda akan teruja bila ke A Famosa Water Theme Park. Big Ice Cream satu permainan gelungsur air menjadi tarikan terbaru di Taman Tema Air A’Famosa Melaka. Big Ice Cream A Famosa Water Theme Park ini baru sahaja dibuka kepada umum pada bulan November 2013 dan ia memang satu tarikan utama.

 

Gelungsur air yang diberi nama Big Ice Cream A Famosa ini mempunyai ketinggian 28 meter dan berdiameter 18.3 meter dan mempunyai panjang keseluruhan dari atas hingga ke kolam akhir 108 meter. Big Ice Cream terletak di kawasan kolam utama Taman Tema Air dan ia memang sesuatu yang hebat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk tujuan keselamatan dalam permainan Big Ice Cream A Famosa ini, ada beberapa peraturan yang harus dipatuhi. Antaranya ialah, hanya mereka mempunyai ketinggian minimum 140cm dan berat antara 35kg hingga 85kg sahaja yang dibenarkan untuk Big Ice Cream A’Famosa ini. Antara syarat lain, mereka mesti menggunakan pelampung ‘Tube’ yang disediakan dan 4 orang dalam satu tube. Arahan ini ialah untuk memastikan keselamatan anda dan juga kelancaran permainan Big Ice Cream.

 

 

 

 

 

 

 

 

MrJocko sempat melawat kerja-kerja akhir pembinaan Big Ice Cream A’Famosa Water Theme Park ini dan teruja untuk mencubanya kalau ke sini. Memang dari jauh nampak struktur Big Ice Cream yang gah dan menarik perhatian pengunjung. Sudah pasti ia sesuatu yang hebat.

 

Tak sabar nak mencuba gelungsur air Big Ice Cream A Famosa Water Theme Park. Untuk anda dan mereka yang sukakan sukan air yang lasak, jom cuba cabar diri ada untuk bermain di Big Ice Cream A Famosa Water Theme Park Melaka.

 

Exit mobile version