Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Blogging Apa Akan Jadi Bila Blogger Malas Menulis?

Apa Akan Jadi Bila Blogger Malas Menulis? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh seorang blogger untuk menjadikan blog mereka famous, dilawati oleh ramai pembaca dan menerima banyak komentar? Semestinya dengan menulis entry yang bermutu.

Paling ketara kalau malas menulis, pasti blog akan bersawang sehingga berbulan bulan tiada artikel baru.

Baca : Blogger Travel Terbaik Di Malaysia

 


Apa Akan Jadi Bila Blogger Malas Menulis…

Bagaimana nak menulis entry atau artikel bermutu kalau malas menulis???

Kerja sebagai seorang blogger memang menjadi penulis dan bekongsi cerita peribadi, cerita seharian, pandangan, luahan, komentar serta ulasan yang berkaitan dengan subjek pilihan masing-masing.

Masalah yang dihadapi ramai blogger ialah bila datang sindrom malas menulis. Antara sebab malas menulis entry baru termasuklah sibuk dengan kerja seharian, tiada idea serta tiada akses internet.
 

blogger-menulis
 

Masalah akan timbul bila blogger malas menulis, blog akan mula kekurangan entry. Gaya penulisan semakin menurun. Pembaca tetap akan mula lari kepada blog lain dan akhirnya, blog akan menjadi tempat sarang labah-labah.

Sebenarnya, untuk naikkan ranking blog, kena sentiasa ada artikel baru. Yang paling ketara, bila entry di blog sentiasa mempunyai content yang baru, ia akan menjana trafik yang lebih tinggi berbanding laman blog yang tiada content baru.

Ayuh, kalau anda blogger tegar, jom teruskan berblogging. Teruskan minat anda berkongsi apa sahaja info, asalkan ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

Mulakan dengan perlahan pun tak mengapa. Pilih subjek kesukaan anda dan teruskan berkongsi selagi anda mampu. Dalam berjuta umat manusia di Malaysia, mesti ada yang sudi membaca entry anda.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.