Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bila Mahukan Tenaga Lebih Saya Minum RANGER

Saya adalah seorang yang agak aktif dalam kerja saya seharian. Sebagai seorang ‘bikers’ sudah tentang perjalanan setiap hari dengan motorsikal berkuasa tinggi dan keadaan kesesakkan di Kuala Lumpur buatkan saya hilang fokus dan juga tenaga sedikit demi sedikit. Sebab itu, bila mahukan tenaga lebih saya minum Ranger.

Ini adalah minuman tenaga yang saya mulai rasai kehebatannya. Minuman tenaga RANGER baharu daripada F&N ini, sedikit sebanyak memberikan MrJocko tenaga baru untuk kekuatan dan fokus dalam kerja seharian.

Minuman tenaga baharu RANGER

minuman tenaga Ranger

minuman ranger minuman ranger

Waktu kerja pun boleh layan minuman Ranger

Katanya minuman RANGER ni, minuman tenaga baharu daripada F&N yang mengandungi gabungan ramuan untuk meningkatkan tenaga anda. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan tenaga fizikal, ia juga mampu meningkatkan kecerdasan minda dan kadar metabolisma anda. Sebab itu, minuman RANGER ini pilihan paling sesuai untuk diminum sewaktu bekerja ataupun ketika memandu terutamanya pemanduan jarak jauh kerana ia memberikan anda daya tumpuan yang tinggi.

Kalau anda fikir ia sekadar air minuman biasa, mungkin tanggapan anda salah. Cuba minum dulu. Minuman tenaga Ranger ini mengandungi Taurina dan Kafein yang membantu anda kekal fokus untuk menghadapi cabaran hidup dan menempuhnya dengan berani.  Diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin B3 dan B6 yang membantu melepaskan tenaga dalam proses pemakanan badan kita, RANGER juga adalah satu-satunya minuman tenaga dalam pasaran Malaysia yang mengandungi Vitamin C.

Puas hati bila dapat minum Ranger setiap kali rasa penat dan lemah. Apabila MrJocko berasa letih, pilihan MrJocko ialah minuman tenaga RANGER untuk merangsangkan tahap fizikal dan mental.  Maklumlah, menghampiri umur 40-an ini, stamina dalaman semakin berkurangan dan perlukan sedikit sokongan untuk kekal cergas. 

minuman ranger

Setakat ni, nak cari minuman Ranger ni mudah sahaja. Banyak kedai mini market, supermarket, hypermarket dan kedai serbaneka seperti 7-eleven, Speedmart 99, Pasaraya KK dan banyak lagi kedai menjual minuman Ranger ini.

Nak tahu lebih lanjut, korang masuk je laman Facebook RANGER Malaysia di https://www.facebook.com/rangermalaysia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.