• Fri. Sep 22nd, 2023

Bila MrJocko Minum Cappuccino

minum cappuccino sedap

 

 

 

MrJocko peminat kopi. Rezeki pejabat sekarang, memang ada sediakan pelbagai jenis kopi dari citarasa Latte, Cappuccino, Mocha, Expresso dan banyak jenis lagi yang susah untuk di sebut. Harga kopi kat pejabat MrJocko ni tak la mahal mana, berpatutan sangat-sangat. Paling best, rasanya yang semakin lama semakin sedap sebab tukang buat faham taste MrJocko. Bila MrJocko minum Cappuccino, rasa macam bestnya.

 

Gini la gaya Kalau MrJocko minum Cappuccino. Kalau selalu minum Latte, tapi bila nak rasa buih kopi lebih, MrJocko akan order Cappuccino.

 

Rezeki yang Allah bagi setakat ini sangat-sangat buatkan MrJocko bersyukur. Peluang untuk dapat klien Unit Trust yang baru, peluang dapat advertorial baru, jemputan hadiri event, product review dan banyak lagi.

 

Lebih-lebih lagi ruang pejabat yang sangat selesa dengan kemudahan parking, wifi, aircond dan suasan yang sangat dekat dengan rakan-rakan lama, bekas rakan sekerja memberikan kepuasan maksima kepada MrJocko. InsyaAllah, peluang ini akan MrJocko cari untuk settlekan hutang-hutang hang ada. Target untuk tahun 2015, untuk bebas hutang semakin cerah.

 

Jadi, Kalau lihat MrJocko minum kopi di pejabat ini, maknanya MrJocko masih lagi diberi peluang untuk kerja dan bahagia dengan kehidupan sekarang.

 

Jom datang pejabat MrJocko, boleh MrJocko belanja Latte, Cappuccino atau Mocha kat sini. 😉

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.