Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara?

Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara? Sebab, selepas kelonggaran diberi untuk travel ke Langkawi baru-baru ini, ada memberikan impak positif kepada sektor pelancongan dalam negara. Lagipun, kita di Malaysia akan mencapai imuniti kelompok lebih cepat berbanding sasaran akhir tahun ini. Ramai tertunggu-tunggu peluang untuk kembali travel merentasi sempadan.

Paling nyata jumlah ‘Positif Covid-19 Harian’ sudah semakin berkurangan sejak sebulan yang lalu. Sektor-sektor ekonomi, sudah kembali dibuka dan sudah ramai antara kita yang sudah boleh pergi ke pejabat, bekerja dan boleh merentasi daerah dalam Fasa 2.

Baca : Travel Bubble Langkawi Kedah Bermula 16 September

Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara

 


Ramai Nak Tahu Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara?

bila boleh travel luar negara
 

Berita gembira untuk semua apabila mendengar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari yang lepas, dengan mengumumkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan beserta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Menurut perkiraan asas, dengan prestasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang mampu mencapai lebih 400,000 pemberian vaksin sehari, kita di Malaysia mungkin akan dibenarkan merentas sempadan negeri seawal pertengahan Oktober 2021.

“Bagaimanapun, ini juga bergantung kepada bekalan vaksin dalam tempoh masa ditentukan dan liputan menyeluruh ke semua negeri.

Hingga artikel ini ditulis, Malaysia sudah mencapai 87% peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Sumber : Berita Harian Peratus Populasi Dewasa Malaysia
 

bila boleh travel luar negara

bila boleh travel luar negara
 

Bila Rakyat Boleh Travel Ke Luar Negara?

Malaysia antara negara yang merekodkan kadar vaksinasi terpantas di dunia dan Lembah Klang menunjukkan pencapaian memberansangkan apabila mencatatkan kadar vaksinasi hampir 80 peratus daripada populasi dewasa, baru-baru ini.

Selain itu, antara usaha yang bagus adalah dalam cadangan pemberian vaksin yang diperluaskan kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun ke atas bagi mengawal penularan dan melindungi golongan terbabit.

Semoga ada sinar yang lebih terang dalam masa terdekat untuk memberikan kita semua rakyat Malaysia kembali melancong keluar negara.

Baca : Tempat Menarik di Cameron Highlands Pahang

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melancong ke Thailand, negara jiran kita yang penuh dengan makanan halal yang sedap, lokasi cantik di Indonesia, suhu sejuk di Korea Selatan dan Jepun serta banyak lagi negara lain bagi mereka yang mampu.

Usaha yang baik, kami sokong untuk kebaikkan bersama. Bila Kerajaan nak buka sempadan negara? Kena tunggu Pengumuman Rasmi dari pihak yang berwajib.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.