Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

bila Ramadhan jer harga barang NAIK

harga-barang-naik-bulan-ramadhan

Dulu aku ingat lagi sorang menteri cakap walaupun dgn kenaikan harga gula, petrol dan jugak tiada kawalan ke atas harga siling ayam, harga barang2 keperluan tak kan naik. Itu dulu. Tapi kini lain cerita. Banyak harga barang naik menjelan bulan Puasa.

 

Puasa baru nak masuk hari ke-tiga, ramai dah mula merungut. Kuih dah harga RM0.40 dan RM0.50 satu. Dulu bleh la dpt 3ketul RM1.00. Skang jangan harap. Rata2 jual RM1.50 bleh la dpt 4 ketul atau 3 ketul.

 

Harga Ayam sudah jadik sekitar Rm7.00 sekilo. Ada sesetengah tempat jual RM7.50. Apa cerita? Nak salahkan peniaga takleh jugak…

 

Nak tak nak, kita smua kena admit, kalau dah harga bahan utama dan asa naik, benda2 lain yg kecik2 pun akan turut naik. Tak bleh nak kawal dah. Takkan la KPDN bleh control berjuta2 kedai2 makan, kedai jual ayam, kedai jual kuih kat Malaysia ni.

 

Penyelesaian, so far tak der dlm idea aku. Cuma kena belanja berhemat, cari duit lebih kalau tak cukup, kerja keras dan sihat selalu… hehehe

 

p/s : kalau byk duit, tapi tak sihat pun tak guna kan?

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.