Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Soalan Orang Perempuan Bila Tayar Kereta Pancit Apa Nak Buat

Orang perempuan selalu tanya, Bila tayar kereta pancit apa nak buat? Sebenarnya sejak MrJocko memandu, jarang sekali motorsikal atau kereta yang kami pandu atau tunggang mengalami masalah tayar pancit. Seingat MrJocko, motorsikal hanya 2 kali dan kereta dalam 4-5 kali sahaja. Sedangkan, ada kawan, katanya sebulan kadang-kadang mesti ada sekali pancit tayar motor dan kereta pun selalu rosak. Bagi kami, Alhamdulillah jarang buat hal. Itu kira rezeki juga tu.

Cuma semalam, tayar kereta kami ada masalah sikit. Sejak beberapa hari lepas, tayar kereta MrJocko mula menunjukkan ciri-ciri tayar yang kempis. Masa isi angin, pam seperti biasa, ia kembali elok. Ingatkan angin kurang sebab kehilangan biasa. Rupanya bila nak pergi kerja awal pagi Isnin, lihat tayar depan sebelah kiri kembali kempis, tapi tidak terlalu pancit. Sah, tayar kereta ni mesti bocor.

Bila Tayar Kereta Pancit Apa Nak Buat

Bila Tayar Kereta Pancit Apa Nak Buat

Dalam perjalanan ke workshop kereta, sempat hantar Hasya ke sekolah dan kemudian terus ke workshop di Jalan Kuching.

Bila di periksa, rupanya betul ada kebocoran tetapi terlalu kecil. Sebab itu angin dalam tayar kereta keluar sangat sedikit dan tidak ketara. Penyelesaiannya dengan menampal dikawasan yang bocor dan tak sampai 10 minit ia siap. Kos tampal tayar kereta pancit cuma RM5 sahaja.
Bila Tayar Kereta Pancit
 
Lepas ni, kena sentiasa beringat untuk periksa tayar supaya tidak terlepas pandang. Mana tau, kerosakkan kecil atau masalah kecil ini boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar.
Bila tayar kereta pancit, jangan panik. Boleh tukar kepada tayar simpanan kalau jauh dari bengkel.

Satu lagi kalau nak servis minyak hitam kereta, boleh ikut cara MrJocko, http://www.mrjocko.com/2011/08/bila-nak-servis-kereta-barang-beli-sendiri.html

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.