Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bilik 5 Bintang Dengan Hanya RM70 Untuk Dua Hari

Masih lagi di Kuching, hari terakhir sebelum berlepas pulang petang ni. Tak puas duk Kuching pasal tak sempat ke Serikin dan juga beberapa tempat lain. Lagipun tak sewa kereta, jadi nak jalan-jalan sekitar Kuching pun jadi terhad. Pasal kat Kuching, tambang teksi tak pakai meter. Semua pakai ‘sebut’ jer. Kalau dah sebut, faham-faham la. 5 kilometer pun diorang charge sampai RM20.
Di Kuching seperti biasa, MrJocko menginap di Hotel 5 Bintang, hotel kegemaran MrJocko. Penyediaan bilik memang kemas, katil selesa, rekaan pun simple tetapi cantik, air panas dan tempat mandian yang best, ada pilihan untuk pilihan TV, Aircond serta Wifi. Itu lah dia Tune Hotel Kuching.

Untuk menginap seorang diri, Tune Hotel memang terbaik. Lokasi Tune Hotel Kuching ni senang saja. Terletak bertul-betul di hadapan Hotel Hilton Kuching dan cuma 1 minit jalan kaki ke Waterfront Kuching. Senang kalau nak ke Medan Selera Kampung Boyan, Sarawak River Cruise, Shopping Malls, Padang Merdeka, Muzium Sarawak dan macam-macam lagi.

Dengan harga promosi Tune Hotel yang sangat murah, MrJocko hanya membayar RM70++ untuk penginapan 2 hari di Tune Hotel Kuching. Murah kan??? Jadi tak payah nak susah-susah cari hotel lain, di Tune Hotel, anda dapat pengalaman menginap di dalam bilik 5 bintang dengan harga 1 bintang sahaja. Sangat murah.
Nanti MrJocko nak tempah Tune Hotel di lokasi lain pulak 😉

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.