Bilik Besar Hanya Untuk Dua Orang Sahaja
|
Kebetulan MrJocko ada nak jumpa klien kejap je pun kat Sogo, dan kebetulan jugak Mat Din, rakan business ada area sana jugak, jadi, kami decided untuk lunch kat RedBox Sogo. Kenapa nak lunch kat RedBox Sogo? Pasal bagi sesiapa yang belum tahu, pakej Lunch kat sini, bermula dalam jam 11.30 am sehingga jam 2.00 pm. Bayar harga makan sahaja, air dan sessi karaoke tu percuma jer.
Masa MrJocko sampai, berdua dengan Mat Din, skali staff kat sana bagi bilik yang paling besar, serius besar. nak buat apa? Kami berdua jer pun.
Dah di beri bilik besar pakai jer la. Ambik ko, dalam tu boleh muat sampai 30 orang dan jugak ada lebih dari 6 speaker besar. Sedangkan, motif kami yang sebenarnya lebih kepada nak makan dan akses internet WIFI kat RedBox Percuma jer… Bil pulak murah, beli satu percuma satu kerana MrJocko ada Dot Red Card dan kebetulan bulan Nov kan bulan kelahiran MrJocko. dapat la diskaun 50% ekekeke,,,