Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bilik Di Tai-Yi Ecological Resort Farm Taichung Taiwan

Taiwan memang negara yang menarik. Hari pertama sampai di Taiwan untuk FAM Trip Muslim 2014 ini kami terus ke Taichung untuk makan malam di Restoran Muslim Friendly di Tai-Yi Ecological Resort Farm.

 

Kami menginap di sana dan berpeluang tidur di bilik hotel Tai-Yi Ecological Resort Farm. Katanya bilik ini dikhaskan oleh tetamu muslim. Harga bilik yang MrJocko inap ini berharga sekitar NDT6200 (RM650).

 

Bilik sangat besar dengan ada 2 katil Queen Size dan boleh memuatkan maksima 4 orang dewasa. Kalau datang bersama anak-anak, memang boleh muat selesa.

 

Tai-Yi Ecological Resort Farm 

Tai-yi Ecological Resort Farm

 

 

Bilik air memang awesome dengan 2 tub Mandi dan bilik air yang menarik. Dekorasi pun nampak nature dan memang marvelous.

 

Jadi kalau nak datang Taichung, boleh pilih untuk menginap di Tai-Yi Ecological Resort Farm ini sebab mereka ada restoran Muslim Friendly. Info lanjut tentang lokasi Restoran Halal Food di Taiwan akan MrJocko kongsi di Majalah LIBUR.

 

 

 

Tai-yi Ecological Resort Farm

 

Tai-yi Ecological Resort Farm

 

Tai-Yi Ecological Resort Farm 

Untuk ke Taichung, senang sahaja. Anda perlu ambil Keretapi laju dari Taoyuan (cara baca Tauyuen) ke Taichung dan naik bas atau teksi ke Taichung. Nak mudah ambil sahaja pakej yang ada di promosikan di laman web AirAsiaGo.

 

Untuk info, AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei sebanyak 2 penerbangan dalam masa sehari.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.