Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anda Mencari Pakej Bilik Hotel Murah di Hong Kong?

MrJocko pernah buat entry awal tentang trip bajet ke Hong Kong pada akhir Disember 2015 yang lepas. Anda boleh baca kat sini —> http://www.mrjocko.com/2015/12/trip-bajet-murah-ke-hong-kong.html. Kini, MrJocko nak kongsi, pakej bilik hotel murah di Hong Kong yang mana lokasi tempat MrJocko dan member menginap selama 4 hari 3 malam di Hong Kong. 

Terlebih awal, MrJocko telah menempah pakej travel ini lebih awal di AirAsiaGo.com dan pilihan hotel dikendalikan oleh Expedia.com.my

Untuk lokasi  pakej bilik hotel murah di HongKong, MrJocko memilih hotel disekitar Kowloon berdekatan dengan Nathan Road, Hong Kong. Kami pilih Kamal Deluxe, sebuah hotel bajet di Hong Kong yang menyediakan ruang bilik yang murah berdekatan dengan Victoria Harbour.

Bilik Hotel Murah Di HongKong

Bilik Hotel Murah Di Hong Kong

 

Lokasi hotel murah di HongKong ini memang sangat strategik. Kamal Deluxe antara ratusan hotel bajet murah di Hong Kong yang menawarkan bilik yang murah, agak sempit, tetapi sangat selesa untuk pelancong yang inginkan bajet yang kecil. Ruang bilik 2 orang ini, hanya cukup untuk tempat tidur dan simpanan beg di bawahnya, tetapi dilengkapi dengan aircond, TV, bilik air peribadi dan juga WIFI Percuma.

Sekali lihat, ia nampak kecil, tapi percaya lah, ia berbaloi dengan harga sekitar RM80 hingga RM100 bagi satu kepala untuk sehari. Nak dapat murah, ada lagi, boleh pilih hostel atau dorm bagi anda yang suka backpakers.

 

Hotel Murah di Hong Kong
Hotel Murah Di HongKong

Hotel Murah di Hong Kong hotel_budget_di_hong_kong_06 Hotel Murah di Hong Kong

 

Dari luar, bangunan ini nampak seperti usang. Itulah bangunan Chungking Mansion yang terletak bersebelahan dengan Holiday Inn Golden Mile Hong Kong dan juga berhadapan dengan bangunan pusat membeli belah iSQUARE Hong Hong. 

Jadi kalau anda nak cari hotel bajet di Hong Kong, ada banyak di Chungking Mansion Hong Kong. 

Lebih menarik sebenarnya, di Chungking Mansion ini ada banyak kedai Pakistan, India, Turki dan beberapa kedai lain yang menjual menu Muslim. Pilih mana satu yang anda mahu. Harga walaupun agak mahal, tetapi ia masih lagi murah berbanding harga makanan di restoran di luar sana.

Untuk anda yang nak jimat dan travel budget ke Hong Kong, lokasi hotel bajet di Chungking Mansion, seperti Kamal Deluxe ini memang sangat-sangat MrJocko syorkan. Lagipun, kita travel seawal pagi keluar dari bilik, pulang hanya untuk tidur sahaja. Tak perlukan bilik yang besar kan???

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.