Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bintang Bollywood Kajol Hadiri Pelancaran Saluran BollyOne HD Astro

Astro Box Office BollyOne HD telah dilancarkan secara rasmi semalam, 20 Ogos 2014 bertempat di Grang Ballroom JW Marriott Kuala Lumpur. MrJocko turut dijemput untuk menghadiri Majlis Perlancaran Astro Box Office BollyOne HD ini dan juga Majlis Makan Malam yang penuh warna warni dan meriah.
Majlis Perlancaran Astro Box Office BollyOne HD Saluran 251 ini turut disertai oleh Tan Sri Datuk Dr L. Krishnan dan Datuk Mirza Mohammad Taiyab, Director General Tourism Malaysia sebagai VVIP dan diserikan lagi dengan kehadiran pelakon terkenal Bollywood, Kajol Devgan yang dibawa terus dari India sempena dengan pelancaran saluran baru Astro, Saluran BollyOne HD (Saluran 251).
Perlancaran BollyOne HD Astro Saluran 251
Antara artis Malaysia yang turut hadir di Majlis Perlancaran Astro Box Office BollyOne HD ini termasuk Awal Ashaari sebagai pengacara majlis, Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai ikon tarikan BollyOne HD dan artis lain yang turut menjayakan sokongan kepada BollyOne HD seperti Sazzy Falak, Vanida Imran dan ramai lagi.
BollyOne HD ini merupakan saluran Box Office pertama di Astro yang mempamerkan filem-filem terbaru Bollywood dalam kualiti filem HD. Sempena perlancaran ini, bermula 1 September 2014, pra tonton filem-filem Hindi dalam kualiti HD akan disediakan untuk semua pelanggan HD sehingga 16 September 2014 secara PERCUMA. 
Saluran BollyOne HD Chanel 251 ini akan menayangkan empat hingga lima tajuk filem Hindi baru dalam sebulan pada setiap hari Khamis dengan menyediakan sarikata dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.BollyOneHD.com.

Perlancaran BollyOne HD Astro Saluran 251

Perlancaran BollyOne HD Astro Saluran 251

Kajol BollyOne HD Launch JW Marriott

Kajol BollyOne HD Launch JW Marriott
Harap satu hari nanti dapat jumpa dengan Datuk Shah Rukh Khan pula bila ada peluang dia datang ke Malaysia 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.