Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Blog O’Rama LIBUR dan Blooggers Media

Blog O’Rama LIBUR dengan kerjasama Blooggers Media akhirnya berjaya dijadualkan pada esok hari di Starbucks Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. Ini merupakan event pertama kerjasama Majalah LIBUR dan Blooggers Media sebagai salah satu acara untuk networking antara Majalah Travel berbahasa Melayu No. 1 di Malaysia ini dengan beberapa rakan blogger-blogger di Malaysia.
Jemputan telah pihak Blooggers Media war-warkan kepada umum pada beberapa minggu yang lepas dan kami berjaya mengumpul rakan-rakan blogger untuk sama-sama meraikan majlis Blog O’Rama LIBUR ini bersempena dengan sambutan Ulangtahun ke-12 Majalah LIBUR dan Edisi Istimewa Cover Majalah Disember 2014.
Apa yang kami rancangkan pada Blog O’Rama LIBUR dan Blooggers Media adalah sesuatu yang santai, penuh dengan hadiah, hadiah dan hadiah serta persembahan penampilan istimewa dari Man Raja Lawak. InsyaAllah, majlis ini akan menjadi majlis SANTAI tetapi Eksklusif kepada Jemputan Terpilih sahaja…
Ada banyak yang menarik terutamanya goodies yang kami ingin kongsi dengan jemputan kami. Antara yang menarik ialah satu set Sleeping Bag Eksklusif ini untuk semua blogger yang hadir sebagai tanda terima kasih Majalah LIBUR dan Blooggers Media atas sokongan anda kepada kami. Menarikan Sleeping Bag ini???

#BlogORamaLIBUR

Ada lagi GRAND LUCKY DRAW terbaik untuk jemputan. Satu unit Khemah House terbaik untuk SEORANG yang bertuah, yang mana ia bernilai hampir RM1,500. Wow!!! Satu lagi, kami akan berikan satu unit Beg Sandang Travel koleksi terhad bernilai sekitar RM500, sebagai LUCKY DRAW Utama. Ini semua untuk anda sebagai penyokong kami, Majalah LIBUR dan Blooggers Media.

Jadi untuk anda yang akan ke Blog O’Rama LIBUR dan Blooggers Media bertempat di Starbucks Kota Kemuning esok, jangan lupa datang awal, kerana pendaftaran akan dibuka pada jam 10.30 am dan anda berpeluang untuk bersantai bersama Malah LIBUR dan Blooggers Media.
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.