Blogger Hebat Malaysia Kena Ada Gaya Dan Personaliti
|Sejak dua tiga menjak ni, MrJocko lebih selesa dengan T-shirt dan juga seluar slack dan jeans sebagai pakaian hari-hari. Maklum la, dulu hampir 15 tahun memakai pakaian Kemeja dan seluar Slack bersama neck Tie kalau ke pejabat seharian. Makin lama, semakin rimas pulak bila pakai kemeja hari-hari. Kata orang Blogger Hebat Malaysia Kena Ada Gaya Dan Personaliti.
Namun sejak kerja sendiri, etika pemakaian MrJocko seharian berubah dan kini memang lebih santai Mungkin ramai sebelum ini berpendapat, orang kebanyakkan seperti MrJocko tak perlu nak ikut stail atau bergaya sangat sebab tiada keperluan. Tapi sebenarnya, bila banyak kali MrJocko sertai event, Press Conference dan juga Blogger’s gathering, Identity dan Personality sebagai seorang blogger memainkan peranan utama untuk jenama sendiri.
Sejak belajar sikit-sikit dari member-member yang pandai dalam fesyen, personaliti dan juga dunia selebriti seperti Man Raja Lawak, dapat la idea dan juga cara bagaimana nak dressing dengan cara yang santai, smart, bergaya tetapi tidak keterlaluan.
Ya MrJocko bukan selebriti, tetapi gaya dan personaliti sebagai seorang blogger biar la kena ada dan mungkin biar berbeza sikit dari orang lain untuk menunjukkan keunikkan tersendiri. Walaupun dah semakin berumur, apa salahnya kalau bergaya sedikit supaya sedap mata memandang kan?
Apa komen korang tentang dressing MrJocko 🙂 Sila komen secara ikhlas