Boleh Ke Kerja Sehingga Umur 60 Tahun
|Selepas Tenaga Nasional Berhad mengumumkan untuk menetapkan umur persaraan kakitangan mereka dari umur 56 tahun ke umur 60 tahun, hari ni Menteri di Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa pelaksanaan usia persaraan pekerja swasta iaitu 60 tahun akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2013, tahun depan.
Mengambil kira dengan keadaan ekonomi semasa, kesihatan serta cara hidup masyarakat Malaysia, anda yakin kita boleh terus berkhidmat sehingga mencapai usia 60 tahun.
Mungkin ada banyak faktor yang akan mempengaruhi kualiti kerja sekiranya ia dilaksanakan. Tetapi, dalam sesetengah keadaan, ia akan membantu pekerja untuk terus mendapatkan sumber pendapatan semaksima mungkin.
Apa kata anda?