Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Boleh Ke Solat Jamak Qasar Masa Balik Raya

Pagi tadi sebelum keluar rumah nak pegi kerja, sempat la dengar sekejap segmen Fikrah Ramadhan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) saluran TV3. Tajuk hari ini, Solat Jamak dan Qasar ketika pulang beraya.
Tetamu yang sentiasa menemani segmen Fikrah Ramadhan MHI ini tak lain tak bukan Ustaz Dr Zahazan Mohamed, seorang pendakwah yang terkenal.
 

Antara isi kandungan yang MrJocko faham berkenaan isu boleh tak Solat Jamak dan Qasar semasa nak pulang ke kampung di musim perayaan.Antaranya :1. Kalau nak Solat Jamak dan Qasar mesti melebihi 2 marhalah atau lebih kurang 90 kilometer.2. Mesti dengan niat musafir yang dibolehkan. Nak balik kampung, melawat saudara mara, nak pegi bercuti dan lain lain. Jika nak bermusafir untuk tujuan jahat, Solat Jamak dan Qasar tidak dibolehkan.3. Solat Jamak bermaksud menggabungkan Solat Fardu dengan Solat Fardu yang lain, iaitu, Zuhur dengan Asar, Maghrib dan Isya’. Subuh tidak boleh di’Jamak’kan.4. Qasar bermaksud memendekkan rakaat. (kepada 2 rakaat sahaja)5. Solat Jamak terbahagi kepada dua, iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Taakhir.6. Walaupun dizaman sekarang, punya banyak kelebihan tempat R&R serta Masjid dan Surau, jika kita bemusafir lebih 2 marhalah, Solat Jamak dan Qasar ini masih dibolehkan (mengikut syarat tertentu). 7. Solat Jamak dan Qasar umpama Sedekah dari Allah Taala kepada umatnya.Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk kepada Ustaz dan sumber-sumber yang sahih.Sekadar berkongsi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.