Site icon Travel Blogger Malaysia

Kasut Boots Timberlands aku dah rosak

Boots Timberlands aku dah rosak
Koleksi Boots Timberlands

 

Dalam banyak2 kasut, inilah kasut feveret aku. Kenapa? Pasal ini jer kasut mahal yang aku pernah ada… hihihi… Untuk informasi, aku beli kasut ni kat 1 Utama selepas dapat upah kerja parttime aku 3 tahun lepas. Lama dah.

Mula-mula bila tengok harga asal, mahal. Sangatlah aku tak minat nak beli, tapi selepas ditanya ada 50% diskaun, terus aku rembat. Bayangkan dari harga RM600++, selepas diskaun harga cuma RM300++ sahaja.

Ni pun selepas boots lama aku, Kickers kena curi kat dalam rak kasut depan pintu rumah, cilakak betul pencuri tu. Aku doakan semoga dia kena langgar Lori Taik… 

Kasut Boots Timberlands

Berbalik kepada Boots Timberlands aku ni, dah 3 tahun pakai, baru lah nak rosak. Tapak bawah dah tak melekat. Gam, dah abis kot. Masa kejadian pulak, aku tengah pakai kat Ikano Power Centre. Gabra, pasal aku dah tak der kasut lain nak ganti, memang haru. Terpaksa lah pakai kasut yg aku bwk ke ofis. Itu ajer yg ada dlm kereta. 

Dah alang2 kat sana, aku konon nak hantar kat Tukang Kasut dlm Ikano tu, skali tanya, utk jahit tepi tapak tu ajer dah RM160, erk!!!. Nak polish plak, tambah lagi RM60. Total dah RM220, mahal nyer…

Nak tak nak, aku kanselkan repair kasut kat situ. Sampai skang boots tu tak repair lagi. Sabtu ni aku cadang nak cari tukang kasut tepi jalan jer. Sure murah dari tu, kan??? 

 

MrJocko.com

Exit mobile version