Site icon Travel Blogger Malaysia

Produk Bosch Asian Range : Memasak Secara Bergaya

bosch-asian-range-home-appliances-01

bosch asian range home appliances 01

Minggu lepas 19 November 2013 bertempat di Zebra Square berlangsungnya majlis Pelancaran Bosch Asian Range Bosch Home Appliances yang mana kali ini Bosch mengetengahkan produk-produk berkualiti peralatan dapur untuk masyarakat Asia. Dengan pelancaran produk keperluan dapur dari Bosch Asian Range ini, penggunanya akan mengalami pengalaman memasak secara bergaya dan memastikan keadaan dapur mereka sentiasa bersih. 

Produk Bosch sememangnya sudah lama dikenali di Eropah dan Asia kerana kualitinya. Jenama Bosch sudah lama bertapak dan memberi khidmat kepada pengguna seluruh dunia. Bosch Asian Range dicipta khusus bagi masyarakat orang Asia yang mempunyai gaya hidup memasak yang lebih ‘besar’ berbanding orang Eropah.

Sebagai contoh, kuali dan periuk orang Asia jauh lebih besar dari orang-orang Eropah, ini memerlukan bantuan dari peralatan yang terbaik untuk menyedut sisa-sisa asap, minyak, kotoran supaya dapur sentiasa berada dalam keadaan bersih.

 

Produk Bosch Asian Range : Memasak Secara Bergaya

 

 

 

 

Revolusi produk Bosch Asian Range ini memperkenalkan inovasi Intelli bagi kesemua ciri-ciri produk mereka yang mana ia memberikan inovasi terbaik bagi setiap produk keluaran Bosch Asian Range. Antaranya : 

1. Intellilink – Menghubungkan dapur memasak dengan hub memasak dengan sempurna untuk memastikan kebersihan dapur sentiasa dijaga.

2. Intellispark – Di datangkan dengan Auto Ignition satu fungsi penyalaan kelajuan tinggi dan pintar. Hanya satu butang, ia akan memastikan keselamatan anda semasa di dapur.

3. Intelliflame – Penunu nyalaan ganda tiga dengan perpaipan tembaga kembar dalam dapur gas untuk memberikan anda memasak dengan nyalaan yang tepat.

4. Intelliclean – Mempunyai ciri Self-Cleaning dimana Hud Asian Bosch terpilih boleh menyedut segala sisa kotoran dengan mudah dan ia boleh dicuci.

5. Intellipower – Menampilkan Power Boost yang membenarkan output kuasa yang lebih tinggi kepada zon memasak terpilih dengan segera.

6. Intellifilter – Penapis Hud Asian Bosch ini mempunyai geometri berbentuk piramid dengan sistem berganda, memerangkap sisa minyak mudah dibersihkan di masa yang sama hud memasak sentiasa kekal bersih untuk ketahanan yang lama.

 

Bosch Asian Range terdapat dalam 10 jenis model termasuk dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak. Kebanyakkan model ini boleh di dapati di kesemua wakil penjual sah dan terpilih seluruh Malaysia dengan harga runcit serendah RM1,388 untuk satu unit. Sila layari laman web Bosch Home Appliances dan cari penjual Bosch Home Appliances anda di sini 

 

Exit mobile version