Site icon Travel Blogger Malaysia

Boss Belanja Iftar Di Restoran Famous Thai

2012%25208%253A02%2520PG

Minggu lepas Boss Besar belanja berbuka Iftar di Restoran Famous Thai, Seksyen 9 Shah Alam. Menu kali ni semestinya menu masakan Thailand yang sememangnya menjadi feveret MrJocko ;). 

Sebelah petang kami ada training di pejabat, lepas training, terus ramai-ramai ke sana. Dekat jer pun. Tak sampai 10 minits kami dah sampai. Jalan tak sesak sangat, ruang parkir pun luas kerana terletak bersebelahan dengan Plaza Shah Alam serta ruang restoran yang luas dan selesa.

Iftar Di Restoran Famous Thai 

Menu Ramadhan Restoran Famous Thai, Seksyen 9

 

Menu kat Restoran Famous Thai ini memang terkenal kat area Shah Alam. Ni kali pertama MrJocko singgah makan sini, sebelum ni tak pernah sedar pun ada Restoran ni pasal asyik nampak Restoran Pelita jer.

 

Menu sempena berbuka di Bulan Ramadhan di Famous Thai tidak ada Buffet. Restoran ini menyediakan sajian hidang dan semestinya tempahan awal diperlukan untuk kemudahan pelanggan.

 

Kali ni kami cuba menu Tomyam Campur, Siakap Tiga Rasa, Sotong dan Ayam. Rasa memang sedap, pasal tu orang kat sini suka makan kat sini. Next time boleh singgah makan kat sini, bawak famili. Pilihan makanan memang banyak, dan rasa menu yang disediakan memang original rasa dari masakan Thai.

 

Apa pun, terima kasih boss, sebab belanja kami Iftar Di Restoran Famous Thai. Nanti belanja lagi yer.

 

 

Exit mobile version