Bot Tradisional Pulau Boracay Yang Unik
|Sudah banyak pulau sekitar Malaysia, Indonesia dan juga Thailand MrJocko sempat lawati, tetapi tidak pernah melihat keunikkan bot tradisional Pulau Boracay. Ya, bot jenis ini memang unik dan memang menjadi antara tarikan pelancong jika bercuti ke Boracay.
Biasanya sampan atau bot kecil seperti ini tidak mempunyai ‘pengimbang’ di sebelah kanan dan kiri. Tetapi di Boracay, ia berbeza. Bot Tradisional Pulau Boracay, biasanya ia diperbuat dari buloh dan bertindak sebagai pengimbang supaya bot seimbang di atas permukaan air. Dengan adanya pengimbang ini, anda akan rasa selamat bila melalui ombak yang agak kuat.
Contact Travel Agent Di Boracay Island, Phillippines
Bot Tradisional di Boracay Island
Bercuti Bersama Uqasha Senrose di Boracay Island
Review Henann Garden Resorts Boracay Island
Dari segi rekaan, Bot Tradisional Pulau Boracay nampak lebih cantik dan unik berbanding bot biasa. Biasanya bot kecil seperti ini digunakan di persisir pantai sahaja dan bertujuan untuk Island Hoping. Jika nak ke laut dalam, ia tidak sesuai.
Kalau anda ke Boracay, jangan lupa cuba naik bot seperti ini. Pengalaman menaiki bot yang lain dari yang lain hanya di Boracay.
wow, rare boat ni. thanks share. looking forward untuk cuba nanti.