Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Lama dah sebenarnya nak singgah breakfast kat sini, tapi banyak kali tertunda. Kebetulan pagi ni, Che Ly, Sifoo dalam dunia Tour Leader ajak breakfast sama-sama. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, apa lagi, memang setujulah untuk jumpa di Gerai ini, Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe. Lokasi ni bertempat dekat sahaja dengan Balai Bomba Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Kuala Lumpur. Gerai tepi jalan, tetapi ada pelbagai menu viral terbaik.

Gerai ni nampak seperti gerai lain, gerai tepi jalan, tetapi ia masih sediakan servis yang selesa. Meja yang cukup dan ruang suasana yang agak tenang. Ada menu Nasi Lemak, Yong Tau Foo, Roti Bakar, Mee Kari, Mee Rebus, Kacang Pool, Waffle dan Roti Canai. Senang kata, kalau datang sini, mesti ada menu yang menjadi pilihan korang.

Baca : Sarapan Pagi Best Di Kuala Lumpur

the lepaq gombak cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe
 

Pagi ni, aku cuba menu luar biasa sikit. Chee Cheong Fun, sejenis menu orang Cina, tapi kali ini menu masakan orang Melayu kita. Tambah dengan Roti Telur dan juga 2 cawan teh tarik. Padu rasa kekenyangan…

 

Breakfast Chee Cheong Fun Melayu Di The LEPAQ Gombak Cafe
 

Gerai ni dibuka dalam dua sesi. Sebelah pagi, jam 7.30 am – 11.00 am. Selepas tu, ia akan kembali dibuka pada sebelah malam pada 7.00 pm – 11.00 pm. Menu sarapan pagi dan menu makan malam berbeza. Jangan risau, dua dua sessi ni offer menu sedap, mampu bayar dan terbaik.

Cari mereka di alamat : Jalan 2/10, Taman Koperasi Polis, 68100 Batu Caves, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi

Selasa – 7:30 – 11.00 am, 7:30 – 11.00 pm
Rabu – 7:30 – 11.00 am, 7:30 – 11.00 pm
Khamis – 7:30 – 11.00 am, 7:30 – 11.00 pm
Jumaat – 7:30 – 11.00 am, 7:30 – 11.00 pm
Sabtu – 7:30 – 11.00 am
Ahad – 7:30 – 11.00 am
Isnin – Tutup

Nanti aku nak ke sana lagi, try menu makan malam pulak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.