Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Breakfast Di Restoran Q Bistro TTDI Minum Susu Kambing

Sudah lama tak jumpa Sifoo Kamera aku. Dia sibuk dengan kerja, aku sibuk cari duit. Akhirnya, terdetik nak ajak breakfast dekat-dekat saja. Memandangkan lama tak ke TTDI, kami set untuk singgah Breakfast Di Restoran Q Bistro TTDI Minum Susu Kambing. Restoran Mamak hype ini memang agak baru di TTDI, tapi cepat mendapat perhatian warga sekitar TTDI dan Damansara.

Ada banyak yang unik di Restoran Mamak Q Bistro ni. Antara khabar betul dan tak betul, dengar kata one of the owner dia adalah Melayu. Restoran ni jugak, antara restoran Mamak pertama aku tengok guna robot untuk hantar minuman dan makanan. Dan,,, kat sini lah aku pertama kali belajar order Susu Kambing Segar.

Breakfast Di Restoran Q Bistro TTDI

Breakfast Di Restoran Q Bistro TTDI Minum Susu Kambing

Breakfast Di Restoran Q Bistro

Breakfast Di Restoran Q Bistro
 

Kali ini, aku order Susu Segar Kambing dan dipadankan dengan Roti Telur Sarang Burung. Walaupun roti telur sarang burung dia biasa-biasa sahaja, tapi untuk alas perut sarapan pagi dah cukup. Tak sikit sangat dan tak banyak sangat.

Pada yang bertanya sedap atau tidak Susu Kambing Segar? Jawapan aku memang Ya. Ia memang lain dan berbeza dari susu segar lembu yang aku pernah minum di Australia dulu.

Baca : Susu Segar Di Australia
 

Breakfast Di Restoran Q Bistro
 

One of the Restoran Mamak yang jaga kebersihan sebaiknya. Bukan nak puji ata bodek, tapi tiap kali pergi ke Restoran Mamak Q Bistro TTDI memang rasa rileks, tenang, segar dan puas hati.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.