Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

British Airways Boeing 747 Cipta Rekod Kelajuan 825 mph

Pesawat British Airways Boeing 747 Cipta Rekod Kelajuan 825 mph. Sebab itu, mereka, British Airways berhak untuk bermegah dengan rekod penerbangan subsonik terpantas antara New York dan London. Penerbangan tersebut hanya mengambil masa selama 4 jam 56 minit sahaja.

Berbanding sebelum ini, purata masa yang diambil untuk penerbangan dari New York, AMerika Syarikat ke London, United Kingdom adalah selama 6 jam 13 minit. Ini bermakna, penumpang akan mempunyai lebih 1 jam masa tambahan jika berada dalam penerbangan tersebut.

Baca : Cerita Tentang Penerbagan British Airways

British Airways Boeing 747 Cipta Rekod Kelajuan 825 mph

British Airways Boeing 747 Cipta Rekod Kelajuan 825
 

Cerita tentang penerbangan British Airways ini menjadi berita viral dikalangan ‘aviation’ ketika penerbangan ini bermula pada hari Sabtu hingga Ahad dan sampai ke destinasinya dalam masa kurang dari 5 jam. Pastinya ia sesuatu yang mengejutkan semua.

Ada ahli meteorologi CNN, Robert Shackleford berkata angin kencang dari ribut Ciara membantu pesawat terbang lebih cepat daripada biasanya. Itu mungkin salah satu teori. Namun, ia adalah sejarah baru yang tercipta dengan tambahan kehebatan skil pemanduan Juruterbang, Pembantu Juruterban dan semua Kru British Airways.

Penerbangan 112, Boeing 747, mencapai kelajuan tertinggi 825 batu sejam di ruang udara Atlantik Utara, menurut Flightradar24, platform pengesanan penerbangan. Penerbangan itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy pada pukul 6:47 pagi pada hari Sabtu. Ia kemudian tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4:43 pagi pada hari Ahad. Oleh yang demikian, seara rasmi masa penerbangannya ialah empat jam dan 56 minit.

Dalam masa yang sama, terdapat dua penerbangan dari syarikat Virgin Atlantic yang membuat penerbangan dari J.F.K. ke Heathrow pada malam yang sama juga dibuat dalam masa sekitar lima jam.
 

British Airways Boeing 747 Cipta Rekod
 

Untuk informasi semua, rekod mutlak bagi penerbangan transatlantik tercepat adalah pesawat supersonik Concorde yang menyudahkan perjalanan antara NYC dan London dalam masa 2 jam dan 52 minit serta 59 saat. Penerbangan Concorde pada tahun 1994 ini mencapai kelajuan tertinggi sehingga 1,350 mph (2,170 km/j).

Walaupun kelajuan bunyi ditetapkan pada sekitar 767 mph, penerbangan British Airways tidak dianggap super sonik kerana pesawat itu didorong oleh udara di sekelilingnya.

Pun begitu, sebagai seorang yang selalu travel, kelajuan yang membolehkan kapal terbang sampai lebih awal memang menjadi pilihan ramai pengembara. Bayangkan kalau dari Kuala Lumpur boleh terbang ke New York hanya dalam masa 2 – 3 jam, ia pasti akan menjimatkan banyak masa dan tenaga. Kan???

Tolonglah cipta kapal terbang Super Supersonik dengan segera. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.