Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

British Airways i360 Tarikan Terbaru Di Brighton London United Kingdon

London, bandar yang menakjubkan di Britain mempunyai satu lagi tarikan yang menakjubkan yang dikenali sebagai British Airways i360 tarikan terbaru di Brighton. Sebagai menara pemerhatian bergerak tertinggi di dunia dan kereta kabel menegak pertama, i360 British Airways adalah destinasi “mesti lawat” untuk semua pelancong yan gbercadang bercuti ke London.

British Airways i360 ini dicipta oleh pasukan di sebalik London Eye yang terkenal. Menara pandangan 360 dari British Airways ini akan membawa pengunjungnya pengalaman unik  “berjalan di atas angin”.

Ia akan menawarkan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan. Berlatarbelakangkan pantai Sussex yang indah serta pemandangan sekitar bandar Brighton dari ketinggian 138 meters.

Baca : Terbang Ke London Dengan British Airways

british airways i360

 


British Airways i360 Tarikan Terbaru Di Brighton London United Kingdon

British Airways i360 Tarikan Terbaru Di Brighton London
 

“British Airways i360 menjemput pengunjungnya untuk ‘berjalan di udara’. Kami percaya bahawa British Airways i360 akan memperkenalkan nama bandar Brighton keseluruh dunia.” David Marks, Pengerusi i360 British Airways i360.

Walaupun di udara, pengunjung juga boleh menikmati hidangan minuman di Sky Bar. Bagi mereka yang meraikan hari istimewa, anda boleh membuat tempahan di restoran Belle Vue Brighton, restoran tepi pantai kontemporari yang menawarkan pemandangan yang paling menakjubkan dari West Pier dan pengalaman makan pinggir laut tidak dapat dilupakan.

British Airways i360 ini umpama menara Taming Sari yang terdapat di Melaka, tetapi ia adalah yang terbesar dan tertinggi di dunia. Fuh!!! Memang kalau ada rezeki, teringin nak singgah untuk merasai pengalaman di sini.

 

British Airways i360 Tower

British Airways i360 Tower

 

British Airways i360 Tower British Airways i360 Tower

 
British Airways i360 dibuka setiap hari dari jam 10.00 am hingga jam 8.00 pm. Walau bagaimanapun, memandangkan permintaan yang tinggi terutamanya pada hujung minggu, waktu operasi dilanjutkan hingga jam 9.00 malam pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Tiket British Airways i360 dijual pada harga £15 untuk dewasa dan £7.50 untuk kanak-kanak. Untuk memudahkan pengunjung, anda digalakkan untuk membuat tempahan seawal 3 hari sebelum untuk kadar harga yang lebih murah dan sebarang kesulitan.

Brighton, sebuah destinasi pelancongan popular, adalah destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari yang menarik dari London. Ia hanya mengambil masa satu jam perjalanan dengan kereta api. Selain daripada i360 British Airways, bandar tepi pantai ini mempunyai banyak tarikan lain untuk pelancong seperti Royal Pavilion, Pier Palace, Pusat Hidupan Laut, Devils Dyke, pelbagai muzium dan sudah tentu pantai kerikil yang terkenal.

Anda boleh terbang menggunakan British Airways ke London dari Kuala Lumpur dengan tambang ‘all-in’  dari RM2,929 dengan penerbangan berteknologi maju Boeing 787-9 Dreamliner. Anda boleh membuat tempahan dari sekarang hingga sebelum 12 September 2016 di laman web www.ba.com bagi perjalanan dari 17 Ogos 2016 hingga 30 Jun 2017.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pilihan empat kabin yang berbeza iaitu Kelas Pertama, Kelas Perniagaan Kelab Dunia, World Traveller Plus Kelas Ekonomi Premium dan World Traveller Kelas Ekonomi.

Semua penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Terminal 5 Heathrow London. Dari situ pelanggan boleh menikmati sambungan terus ke destinasi di UK, Eropah dan Amerika Syarikat. Eksklusif untuk pelanggan British Airways dan Iberia Airlines, Terminal 5 dinamakan oleh Skytrax Mac 2016 sebagai Best Airport Terminal untuk tahun yang kelima berturut-turut. London Heathrow juga memenangi anugerah ‘Best Airport Shopping Award‘.

Maklumat lanjut boleh layari link ini :

http://britishairwaysi360.com/plan-your-visit/opening-hours-prices/

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.