Site icon Travel Blogger Malaysia

Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel Tawar Menu Sedap Belaka

Sedia untuk menyambut bulan Ramadhan, pihak Seri Pacific Hotel menyediakan pakej berbuka puasa dengan menawarkan pelbagai menu-menu terbaik untuk Santapan Buka Puasa tahun ini. MrJocko turut sama mencuba dan merasai Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel Tawar Menu Sedap Belaka. Ia satu menu yang terbaik untuk Seri Pacific Hotel setakat hari ini.

Kali ini, pakej berbuka puasa di Seri Pacific Hotel berbeza dari sebelum ini. Ia akan dibuat di lokasi Zende Restaurant yang berada di bersebelahan Lobby Hotel. Ruang di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel boleh memuatkan sekitar 200 tempat duduk dan punyai susun atur yang menarik dan selesa.

Baca : MrJocko dan Pakej Harga Berbuka Puasa Ramadhan

buffet ramadhan seri pacific hotel

 


Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel 2018

Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel
 

Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel menawarkan harga bermula dari RM120 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak. Untuk anak-anak yang masih kecil ia adalah percuma. Kalau nak dapat harga murah, boleh terus hubungi talian hotline 03-4042 5555 atau faksimili 03-40435253 dan membuat tempahan awal dengan harga yang lebih murah.

Harga untuk tempahan awal ialah RM90 bagi dewasa dan jika melebihi 50 orang, anda berpeluang untuk mendapat harga pakej bermula RM50, Santapan Buka Puasa khas di Dewan Bankuet, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Menu-menu yang diberi nama ‘Santapan Buka Puasa‘ akan bermula dari tarikh 17 Mei sehingga 14 Jun 2018. Nak tahu menu yang di sini? Ada menu terbaik Sup Gear Box, Nasi Beriyani Gam, Nasi Kandar, Kambing Golek, Steamboat, dan pelbagai lauk pauk lain termasuk menu Shell Out Seafood dan juga Pizza.

Untuk yang suka menu makanan kampung, ada ulaman, cencalok, sambal belacan, budu dan banyak lagi pilihan ulaman tradisi orang Malaysia.

Pakej Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel turut menyediakan menu air yang menarik termasuk air kurma, air kiwi, air kelapa dan semestinya Cendol. Ini semua hasil dari masakan dan pilihan Ketua Chef Haji Saad dan pasukannya.

Senang cerita, ada lebih 300 menu terbaik, dihidangkan untuk pengunjung yang akan berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Bila MrJocko sendiri cuba menu di Seri Pacific Hotel, menu yang paling disukai ialah menu Sup Gearbox. Memang awesome, dengan rasa terbaik dan isi yang sangat lembut. Tak kurang juga menu Nasi Beriyani Gam dan juga Shell Out seafood yang di hidangkan di sini.

Untuk yang suka kambing, mesti cuba menu Kambing Golek di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel. Rasa daging kambing memang sedap dan sos black pepper untuk ini sangat berbaloi.

Oh Ya! Menu Cendol Durian pun berbaloi untuk korang rasa. Denga banyak lagi menu pencuci mulut, termasuk Pop Corn khas untuk anak-anak ketika tiba waktu berbuka nanti.

Kalau nak ke Seri Pacific Hotel, mudah sahaja. Samada korang boleh memandu dan parkir di ruang parkir hotel, atau boleh memilih untuk parkir di ruang parkir Shopping Mall Sunway Putra Mall.

Kalau korang malas nak memandu, boleh naik jaringa keretapi Rapid KL dan berhenti di stesen Star Light Rail Transit (LRT) PWTC atau menggunakan Stesen Komuter PUTRA.

Untuk korang yang berminat dengan pakej berbuka puasa di Zende Restaurant Pakej Buffet Ramadhan Seri pacific Hotel Kuala Lumpur, boleh hubungi di talian 03-4042 5555 atau buat tempahan melalui emel ke resv@seripacific.com.

Nak tahu maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Seri Pacific Hotel https://www.seripacifichotel.com

Exit mobile version