Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019

ERA.je turut sama dalam meraikan peminat bertuah mereka dalam Majlis Berbuka Puasa bersama peminat bertuah pada tahun ini. Kali ini, majlis berlangsung di VSQ PJ City Centre, Restoran KFC Petaling Jaya, Selangor. Saya pun turut serta, nak lihat juga bagaimana kemeriahan Majlis Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019.

Majlis Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019 kali ini, ditaja oleh QSR Brands. Jadi, menu berbuka kami ialah menu Bucket Kongsi KFC yang mana dalam bucket ini ada termasuk Ayam Goreng, Udang Nugget, Whipped Potatoes dan juga air botol Mirinda.

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019

Set Bucket Kongsi KFC bernilai RM79 untuk 15pcs Ayam Goreng, 5pc Shrimp Nugget, 1 Whipped Potatoes dan 1 botol 1.5L air Mirinda.

Pengacara Majlis Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019 kali ini dikendalikan oleh Issey dari kumpulan Titan.

Antara tetamu yang diraikan ialah 5 keluarga yang merupakan pemenang kepada peraduan ERA.je dan satu keuarga dibawa untuk diraikan dalam majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah dengan gelak ketawa barisan pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega 2018.

Baca : MrJocko dan Iftar

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019
Issey Fadzlisham sebagai EmCee
Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019
Ada Man Raja Lawak, Ali Puteh, Mamak Puteh, Ajak, Zero dan ramai lagi

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019

Untung peminat yang hadir pada kali ini, bukan sahaja menerima Voucher Makanan dari KFC tetapi juga menerima banyak hadiah dalam permainan dan peraduan yang disertai bersama dengan pelawak-pelawak tanah air.

Turut hadir dalam Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019 tahun ini ialah Ajak (Shiro), Atu dan Sharif (Zero), Man Raja Lawak (Taman), Ali dan Mamak (Puteh) serta Achok dan Kamal (Chilok).

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019
Menu Berbuka Puasa tajaan KFC QSR Petaling Jaya
Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019
Menu Udang KFC

Buka Puasa Bersama ERA Dan Peminat 2019

Majlis meriah sangat. Paling rasa best, bila dapat rasa menu baru Shrimp Nugget dari Bucket Kongsi KFC. Sangat Sedap!!!

Boleh lihat menu baru KFC di sini KFC Malaysia Menu Sedap.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.