Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Buka Puasa Di Johnny Rockets Pavilion KL

Minggu lepas, MrJocko ada event anjuran pihak i1holiday.com. Memandangkan event bermula sekitar jam 8.00 malam, MrJocko decided untuk singgah berbuka di kawasan shopping Mall Pavilion sahaja. Mudah. Sebab tak nak berebut tempat, MrJocko dan Mono Ridhuan buka puasa di Johnny Rockets.

Of course menu makanan di sini tiada menu local, nasi dan lauk pauk. Kami ambil peluang untuk pengalaman berbuka dengan Burger dan Fries sahaja. 

Buka Puasa Di Johnny Rockets

 

buka_puasa_johnny_rockets

 

 

Dari segi menu yang ada di Restoran Johnny Rockets, tak banyak sangat yang menarik. Of course banyak menu burger dan beberapa pasta untuk anda cuba. Lagi tak menarik sebab bila tengok satu set hidangan, harga sekitar RM30 untuk satu set, agak mahal.

MrJocko dan Mono masing masing order set Burger Classic Ayam dan set Burger Classic Daging. Untuk set ini, ia datang dengan sayur dan juga fries. Untuk portion menu burger di Johnny Rockets, ia bersaiz sederhana. Rasanya kalau nak banding dengan menu di Burger King, ia lebih kecil sedikit.

Memandangkan kami dah lama tak minum Root Beer, kami cuba menu signature di Johnny Rockets ini. Ingatkan nak order milkshake, tetapi tekak rasa nak match dengan Root Beer dan Burger.

 

buka_puasa_johnny_rockets menu_buka_puasa_johnny_rockets buka_puasa_johnny_rockets

 

Buka Puasa Di Restoran Johnny Rockets Pavilion

Tambahan untuk kami, MrJocko order satu salad untuk alas perut. Baru la rasa kenyang,,, Burp!!!! Berbaloi juga menu salad ini kerana isi ikan yang diletakkan di dalam salad cukup banyak. 

Untuk rasa burger di Johnny Rockets, personally tidak la hebat mana. Ada restoran burger lain menyediakan menu Burger lagi sedap dari ini. Dari segi harga, sudah pasti tidak setara dengan menu yang dihidangkan. Sorry Johnny Rockets, ini pandangan peribadi MrJocko.

Untuk pilihan menu burger atau pasta, mungkin anda boleh cari restoran lain untuk cuba. Untuk kos RM96 bagi 2 set burger medium biasa, 2 root beer dan satu salad, ini adalah antara restoran yang agak mahal di Kuala Lumpur.

Tapi, kalau anda ada banyak duit, apa salahnya sekali sekala makan di Johnny Rockets

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.