Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cuti Cuti Malaysia Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Tak jauh dari pekan Besut, kira-kira 8 km, terletak satu lokasi percutian dalam negara yang agak popular dikalangan rakyat Terengganu dan Kelantan. Cuti Cuti Malaysia Bukit Keluang Di Besut Terengganu, memberikan pengalaman kepada MrJocko dan keluarga kenali tempat menarik di Besut, Terengganu.

Perjalanan dari kampung MrJocko ke sini memakan masa selama hampir 1 jam. Dari pekan Pasir Puteh, kami melalui jalan persekutuan dan memasuki pekan Besut seterusnya ke lokasi Bukit Keluang.

Bukit Keluang Di Besut Terengganu
 

Bukit Keluang Besut Terengganu
 

Bukit Keluang sebenarnya sejak dulu menjadi tumpuan destinasi pelancongan domestik di kalangan penduduk Pasir Puteh, Berut dan sekitar Jerteh sehingga bandar Permaisuri di Terengganu.

Lokasi Bukit Keluang ini menjadik unik kerana punyai tarikan pusat riadah berbukit setinggi 300 meter dari aras laut dan juga mempunyai ruang pantai yang agak cantik di bawahnya, hanya sebelah menyebelah.
 

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu
 

MrJocko sendiri merasai pengalaman mendaki laluan ‘trail’ ke puncak Bukit Keluang bermula dari Kaki Bukit. Kalau diikutkan, jarak pendakian cuma sekitar 100 meter hingga 150 meter sahaja, tetapi kecuramannya membuatkan MrJocko mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke atas puncak.

Masa biasa yang diambil oleh pendaki Bukit Keluang sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Namun, mungkin disebabkan faktor umur dan stamina yang kurang baik, MrJocko mengambil masa 30 minit, lama tu…
 

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Bukit Keluang Di Besut Terengganu
 

Baca : MrJocko dan Terengganu

Sampai saja dipuncak Bukit Keluang, setiap wajah akan teruja. Pemandangan cantik puncak bukit ini menghadap Laut China Selatan dengan mempunyai landskap beberapa pulau termasuk Pulau Ru dan juga Pulau Perhentian.

Puncak Bukoit Keluang mempunyai struktur yang memanjang dan berada betul betul di tepi persisir pantai menjadikan ia antara lokasi yang sebenarnya punya potensi menarik untuk dikomersilkan.

Untuk masa ini, tiada bayaran dikenakan untuk mendaki puncak Bukit Keluang Besut dan ruang parkir untuk kenderaan juga adalah percuma. Untuk masa akan datang, mungkin akan dikenakan sedikit bayaran kerana lokasi ini sebenarnya perlu diselenggara dengan baik untuk menjaga kawasan dan kebersihannya.

Kalau ke sini, boleh sediakan tikar untuk bersantai di tepi pantai dan juga pakaian mandi sesuai kerana ia juga mempunyai ruang pantai yang agak menarik untuk mandi-manda.

Maklumat lanjut tentang Bukit Keluang, boleh baca di laman web ini MStar Bukit Keluang

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.